Tips menghadap bil postpaid tinggi

Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Kebelakangan ni, Mya banyak terbaca dan dengar aduan orang ramai pasal bil telco yang masing-masing yang tak nak kalah terbang melangit. Ini bukan post Mya cuba nak menjatuhkan mana telco. Instead, ini panduan untuk pengguna-pengguna telco yang mula jadi panik bila tengok bil yang nak dibayar, naik mencanak tinggi melambung.
First, take a deep breath. Jangan terus melatah bila tengok bil yang nak dibayar mahal macam tu. Sebaiknya, refer semula kepada bill statement. Kalau awak tak mendaftar untuk penghantaran bil secara fizikal ke rumah, cuba download apps telco terus ke dalam telefon bimbit awak. Cari menu bill statement dan simpan salinan dalam telefon. Cari bahagian yang dikenakan bayaran paling mahal dan cuba kesan kesalahan atau kawasan yang mendatangkan kemusykilan.
Seterusnya, hubungi customer service. Beritahu mereka yang awak ada kemusykilan mengenai bill statement, instead of terus serang men-khinzir buta. Cuba bertenang dan cakap dengan baik. Terus beritahu bahagian yang musykil dalam bill statement dan dengar dengan baik. Nyatakan masalah dengan terang dan jelas supaya kerja kedua-dua pihak menjadi lebih mudah dan cepat.

Sebenarnya memang dua langkah mudah sahaja kalau awak ada masalah dengan billing, tak kiralah dengan mana-mana telco. Tetapi, kalau awak ada masalah dengan line internet yang lambat, sampaikan nak load text pun makan masa, sebaiknya, awak cuba semak dulu coverage telco tersebut di kawasan awak. Minta pegawai telco yang ada untuk checkkan. Mereka sebenarnya boleh semakkan dalam system mereka. Jangan sekadar bertanya kepada kawan rapat apa telco yang mereka pakai dan tahap keberkesanan telco mereka, tapi mereka tinggal 500 batu jauh dari kawasan awak. Dah hampir lunch hour. Roger and Out.

Comments

  1. antara salah satu sebab mengelak guna postpaid nak pula kalau celcom

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bercuti ke Kuala Lumpur lebih menarik dengan Scoot!

Seleksi makanan Food Truck di sekitar Kuala Lumpur

Cannis: Virtual World to tops Nasdaq in reality