Jep, Sari Yanti akhirnya bersatu
Dalam diam. Memang terkejut sikit bila scroll instagram Sinar FM tadi. Ya lah. Angin tak ada, ribut apatah lagi. Yang selama ni digembar-gemburkan pun cumalah majlis persandingan dan ulangtahun perkahwinan Shuib dan Siti Sarah yang akan dilangsungkan esok. Tiba-tiba sahaja Admin instagram Sinar FM upload live update majlis pernikahan Jep dan Sari Yanti. Lokasi majlis di Dewan Mercu Mustapha Kamal. Tapi, dari gambar-gambar yang dimuatnaik, ramai juga rakan artis yang dijemput, terutama dari kalangan pelawak.
Mya adore cara Jep dan Sari Yanti yang tidak terlalu menunjuk hubungan mereka. Hendak kata menafikan, masing-masing lebih senang berdiam. Tup-tup, hari ni terus upload gambar majlis bernikah. Antara artis yang dijemput menjadi bridesmaids dan groomsmen adalah Elfira Loy, Wan Sharmila, Ebby Yus, Ropi, Mark Adam serta ahli Sepahtu yang lain. Mya sukakan tema yang digunakan Jep dan Sari Yanti untuk majlis mereka hari ini. White + soft purple is absolutely my favourite of all time.
Cantik sangat Sari Yanti dengan persalinan putih. Memang patutlah dipanggil bidadari oleh Jep *I adore her way of keeping herself fit and pretty* Anyway, buat Jep dan Sari Yanti, tahniah atas pernikahan. I really do love both of you. Semoga berkekalan hingga akhir hayat, indah bahagia sehingga ke syurga.
Sumber Gambar : instagram Sinar FM
tu la.. Nurul pun tak sangka.. nama pun dah jodoh kan ^^
ReplyDeletewww.syahirahvaliant.com