Vegetarian : Amalan yang Tidak Sihat
Sejak dari kali pertama Mya memahami maksud perkataan ‘Vegetarian’
lagi, Mya selalu terfikir sama ada golongan ini mendapat zat yang diperlukan
tubuh secukupnya ataupun tidak. Di akhirnya, hanya satu yang Mya selalu
simpulkan : vegetarian amalan yang tidak sihat. Namun begitu, bukankah
dikatakan kita perlu mengambil banyak sayuran dan semestinya juga veterian
memiliki kaedah mereka sendiri bagi mendapat zat yang hilang. Mengapa masih vegetarian
amalan yang tidak sihat?
Vegetarian : Amalan yang Tidak Sihat
Golongan vegetarian adalah golongan yang tidak menjamah
sebarang jenis daging haiwan, termasuk ikan dan binatang ternakan. Malahan, ada
di antara mereka yang langsung tidak menyentuh sebarang produk berasaskan
haiwan seperti telur, susu, keju dan sebagainya. Namun begitu, amalan ini
bukanlah suatu amalan yang baik kerana tubuh kita juga memerlukan zat yang
hanya boleh didapati dari daging haiwan.
Benarkah vegetarian amalan yang tidak sihat? sumber gambar : google |
Kurang Vitamin A
Vitamin ini sangat penting bagi memastikan sistem imunisasi,
penglihatan dan pertumbuhan tulang berlaku dengan baik. Sudah terlalu banyak
kes yang dianggarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di mana
kanak-kanak menjadi buta sementara kerana kekurangan vitamin A. Manakala 50%
dari jumlah itu pula meninggal dunia dalam masa 12 bulan *ngeri*
Badan kita memproses
beta karotena daripada sumber menjadi vitamin A. Sememangnya ada sayuran dan
herba yang mengandungi khasiat itu, namun proses penukaran itu memerlukan
elemen lain yang dihasilkan tubuh. Elemen itu pula dihasilkan dengan ransangan
lemak pada daging haiwan. Tetapi perlu diingatkan, hanya makan sekadarnya
sahaja.
Kurang Vitamin B12
Daging merah merupakan pembekal vitamin B12 yang sangat baik
untuk badan. Ada yang berpendapat bahawa daging merah perlu dijauhi kerana
boleh mengakibatkan kanser dan sakit jantung. Namun begitu, masalah itu hanya
akan terjadi apabila mengambil daging merah melebihi kadar yang diperlukan
badan. Purata pengambilan yang digalakkan hanyalah sebanyak 3 hingga 5 auns
sahaja setiap hari.
Vegetarian : Amalan yang Tidak Sihat sumber gambar : google |
Walaupun dikatakan vitamin ini boleh diperoleh daripada
alga, tempe, ragi dan spirulina, kajian telah menunjukkan bahawa bahan-bahan
ini tidak membantu meningkatkan kadar vitamin B12 di dalam tubuh kita. Malahan,
vitamin B12 yang didapati dari produk berasakan haiwan juga tidak mampu
memberikan kadar yang sama seperti daging merah.
Kurang Omega-3
Sebut sahaja Omega-3, pasti ramai yang terbayang zat
daripada ikan. Betul. Zat asid linolenik yang boleh diperoleh daripada ikan dan
telur ini mampu membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh serta mengurangkan
peratus risiko menghidap kanser.
Tambahan lagi, dengan pengambilan sayuran yang mengandungi zat
Omega-6 sebenarnya tidak membantu tubuh mendapatkan Omega-3, sebaliknya kadar
asid lemak Omega-6 yang tinggi pula akan meningkat risiko mendapat sakit jantung.
Oleh itu, amalkan pemakanan yang sihat dan berpada-pada,
sesuai dengan keperluan zat oleh tubuh kita. Makan dalam kadar berlebihan boleh
mengakibatkan kita mendapat penyakit, begitu juga sebaliknya.
Bahan penulisan ini diperoleh dari buku Quran Saintifik,
hasil tulisan Dr. Danial Zainal Abidin, Pengarah Urusan Danial Zainal
Consultancy (M) Sdn. Bhd.
Comments
Post a Comment