Izham dan Mia kini Sah Bergelar Suami Isteri

Berseri. Itulah yang boleh dikatakan apabila melihat wajah penjaga gol JDT FC, Mohamad Izham Tarmizi dan pasangannya, Shamiha Ahmad Baderi, atau lebih dikenali sebagai Mia Ahmad, ketika ini. Izham dan Mia kini sah bergelar suami isteri dalam majlis akad nikah yang berlangsung pada jam 10 pagi. Majlis akad nikah Izham dan Mia telah ditayangkan di laman web rasmi Tonton.my bagi membolehkan peminat mengikuti lintas langsung majlis bahagia kedua mempelai.

Kisah Izham dan Mia bermula di laman Twitter


Izham dan Mia selamat disatukan jam 10 pagi tadi.
Gambar dari instagram rasmi Mia Ahmad

Dalam sesi media yang lalu, Mia dan Izham akhirnya bercerita mengenai permulaan kisah cinta mereka yang sebenarnya bermula di Twitter. Kesungguhan Izham akhirnya membuka hati Mia untuk menerima kasih yang telah dihulurkan. Jika sudah bersungguh, hati perempuan mana yang tidak terusik, bukan?

Mia juga turut menyatakan bahawa dia hanya menerima tajaan baju pengantin, pelamin serta beberapa hal kecil lain keranan mahu menyediakan segala persiapan mengikut selera dan citarasanya sendiri. Ini kerana, Mia mahu merasa lebih puas hati dan dan selesa ketika majlis resepsinya esok yang akan diadakan di Taiping Golf and Contry Club.

Mya ingin mengucapkan sekalung tahniah buat pasangan. 
Semoga hubungan yang dibina kekal hingga ke jannah.

Comments

Popular posts from this blog

'The Best Gift' : Hadiah Rain buat isteri

Comelnya Nursing Room di iOi City Mall, Putrajaya

Experimentasi menyelerakan di The Buzz Cafe, Premiere Hotel, Klang