Berbahayakah tidur dalam lampu terang?

Satu topik yang pernah ditanyakan kepada Mya. Berbahayakah tidur dalam lampu terang? Ada yang gemar tidur dalam suasana bilik yg gelap. Ada pula yang lebih gemar tidur dalam keadaan terang sepanjang malam. Tetapi, tahukah kita bahawa memasang lampu sepanjang malam bukanlah satu tindakan yang baik untuk kesihatan, selain ianya menambahkan kadar penggunaan elektrik? Persoalannya, berbahayakah tidur dalam lampu terang?

Berbahayakah tidur dalam keadaan lampu terang?


Seperti yang pernah Mya sentuh dalam entri "Mengantuk selepas Tidur Lama : Sebab dan Punca" tempoh hari, tubuh kita memiliki jam biologi dan sistem yang menyeimbangkan kadar tidur dan jaga. Apabila kita tidur dalam keadaan lampu yang terpasang, ianya boleh mengganggu jam biologi tubuh dan mengganggu penghasilan hormon 'melatonin' yang membantu kita tidur lena.

Tidur dengan cahaya dari skrin laptop adalah tidak baik utk kesihatan.
sumber gambar : google
Tidur dalam cahaya terang, mungkin cahaya dari lampu, skrin TV atau laptop sebenarnya sangatlah berbahaya kepada kesihatan. Ada kajian yang menyatakan bahawa keadaan itu boleh mengakibatkan kita menjadi lebih gemuk, lebih berasa tertekan dan berkemungkinan besar boleh mengakibatkan kanser.

Akibat tidur dalam lampu terpasang


Antara akibat yang jelas kelihatan berpunca daripada tidur dalam keadaan lampu terpasang adalah :
1. Tidur terganggu
2. Badan mudah letih
3. Mudah tertekan
4. Kesihatan tubuh terganggu
5. Kanser
6. Berat badan bertambah

Cara mengatasi ketakutan/masalah tidur dalam gelap

Ketakutan atau masalah tidur dalam gelap boleh diatasi dengan beberapa langkah berikut yang sedikit sebanyak membantu dalam menyelesaikan masalah achluophobia awak.

Gunakan lampu malam (berwarna oren/merah)

Kajian menunjukkan penggunaan lampu malam berwarna oren/merah yang agak malap tidak akan memberikan kesan ke atas sistem biologi tubuh seperti menggunakan lampu berwarna putih dan biru. Cadangan ini telah disarankan sendiri oleh Persatuan Kesihatan Amerika (AMA).

Biasakan diri dengan keadaan gelap

Cuba dapatkan nasihat dan rawatan dari pakar perlakuan cognitif. Ketakutan kepad kegelapan bukanlah sesuatu yang boleh dirawat dengan cara biasa. Namun, ianya juga tidak boleh dipandang remeh kerana melibatkan kesihatan awak di kemudian harinya.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

'The Best Gift' : Hadiah Rain buat isteri

Comelnya Nursing Room di iOi City Mall, Putrajaya

Experimentasi menyelerakan di The Buzz Cafe, Premiere Hotel, Klang