Datuk Lee Chong Wei, jasamu dikenang!

Assalamualaikum, entry kali ni first time ye Deaa menulis untuk korang baca, harap dapat menambah pengetahuan korang semua. Mya pulak bagi la assignment untuk Deaa bercerita berkenaan wira badminton negara kita, Datuk Lee Chong Wei (LCW). Bila dengar je nama ni mesti kita tertunggu tunggu bila lagi perlawanan dan aksi apa yang bakal ditunjukkan oleh atlet badminton negara kita ni. Deaa kalau ada peluang menyaksikan game tu berdebarnyaa rasa macam kita pulak yang bermain kan. Unfortunately, pada tahun 2018 LCW disahkan menghidap kanser hidung, keadaan ini menganggu prestasi dan pada tarikh 13 Jun 2019 merupakan titik akhir bagi perjuangannya setelah Datuk Lee Chong Wei mengumumkan persaraannya.


Meh kita berkenalan sikit siapa sebenarnya Datuk Lee Chong Wei ni. Beliau merupakan anak kelahiran Bagan Serai Perak, mula meminati bidang badminton seawal usia 11 tahun. Starting with latihan selepas sekolah bersama coach Teh Peng Huat, bakat Lee Chong Wei mula diintai oleh Misbun Sidek dan diserap masuk kedalam squad negara semasa beliau berusia 17 tahun.

Active sejak tahun 2000, LCW mula menarik perhatian setelah layak ke final Terbuka Malaysia 2003 namun kalah kepada pemain China. Tetapi LCW tak patah semangat dan tahun berikutnya beliau memenangi Terbuka Malaysia dan Terbuka China. Perlawanan demi pelawanan mematangkan corak pemikiran and games tactic sehingga melayakkan beliau menyertai team negara ke Sukan Olimpik Athens 2004. LCW mengasah bakat dan menang macam-macam gelaran di open tournament yang disertai. Impian utama beliau nak sumbang emas pada negara dan Commonwealth Games di Melbourne menyaksikan sejarah apabila beliau membawa pulang dua pingat emas bagi kategori perseorangan dan beregu berkumpulan. Masa ni la beliau dapat World Champion pada tahun 2006 berturut-turut pada tahun tersebut.

Game Datuk Lee Chong Wei juga ditunggu tunggu apabila beliau berentap dengan seteru utamanya, Lin Dan. Banyak pertembungan mereka ni antaranya semasa Hong Kong Open 2006, Swiss Open 2008, Olympic 2008 and All England 2009. Asyik kalah je tapi LCW ni dia gigih dan akhirnya berjaya kalahkan Lin Dan masa final Terbuka All England 2011 dengan straight set.


All England dengan Datuk LCW ni macam berjodoh kuat jugak la sebab All England 2010, 2011, 2014, dan 2017 ni beliau pegang record empat kali kemenangan. Hebatnya beliau membawa sukan badminton negara di sehingga dipandang tinggi oleh mata dunia dan diiktiraf dengan anugerah Pemain Terbaik Lelaki oleh Badmintion World Federation (BWF) sebanyak lima kali bermula dari tahun 2009, 2010, 2011, 2013 dan tahun terakhir pada 2016.

Oleh kerana jasa beliau as national hero, LCW dikurniakan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) oleh Penang’s Govenor pada tahun 2008 yang memberi title Datuk kepada nama beliau. Menerima gelaran Ahli Mangku Negara (AMN) 2006, Darjah Bakti (DB) 2009, Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) 2016, dan kurniaan terakhir dari Yang di-Pertuan Agong Muhammad V pada 2017, Panglima Jasa Negara (PJN). So nama LCW ni panjang dah. Jadi Datuk Lee Chong Wei DB PJN AMN DCSM DSPN haa gituu jenuh menyebut satu persatu ye.


Habis dah dengan career beliau kita nak tanya sikit la pasal personal life LCW ni. Sebenarnya, korang tau tak yang LCW was in a relationship with Wong Mew Choo, teammate dia. Kenal ke tidak siapa tu? Datin Wong Mew Choo ni former badminton singles player for team Malaysia. Haa tapi ada kisahnya. Mereka berpisah masa tahun 2008, kemudian bertahun kemudian reconcile balik and they were married on November 2012, had two children, Kingston 6 and Terrance 4 years old. Besar dah anak-anak mereka berdua tu. Itu kisahnya percintaan beliau bersama isteri semoga bahagia hendaknya sampai ke akhir hayat.

So semakin meningkat usia LCW dan tiba-tiba negara dikejutkan dengan berita yang beliau menghidap early stage of nasopharynx cancer. Sejak dari itu, LCW tak boleh take part dalam championships and Asian Games sebab dia kena undergo treatment dan berkurang la derita beliau selepas menerima rawatan di Taiwan. However, selepas setahun di diagnosed, Datuk Lee Chong Wei announced his retirement and ended his 19 year-long international badminton career. LCW ikut advice doctor beliau untuk berehat dari intensive training yang boleh menyebabkan risiko relapse berlaku.


Sebaknya terasa bila kita kehilangan jaguh sukan negara. Namun demi kesihatan beliau, kita sebagai rakyat Malaysia kena sokong apa pon yang baik untuk Datuk Lee Chong Wei. Deaa berharap sama-sama kita doakan agar beliau sihat dan dapat kembali ke arena sukan mungkin bukan sebagai pemain tetapi sebagai seorang jurulatih untuk membentuk lebih ramai juara dunia dari Malaysia.

Comments

  1. Sedih tahun ni dua permata negara dah bersara - Dato Nicole David dengan Dato LCW. Dah banyak jasa sampai badan pun sakit, hopefully both of them enjoy retirement diorang and spend time dengan keluarga

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bercuti ke Kuala Lumpur lebih menarik dengan Scoot!

Seleksi makanan Food Truck di sekitar Kuala Lumpur

Cannis: Virtual World to tops Nasdaq in reality