Mana nak cari photo frame yang menarik dan best?
Assalamualaikum w.b.t. Selamat tengah hari kepada awak semua yang masih setia dengan blog Mya ni. Semoga hari awak baik-baik dan gorgeous sentiasa, selamanya. Mya ni sebenarnya tengah nak usha satu website ni. Sebab, masa balik kampung baru-baru ni, mama Mya ada tanya pasal photo frame. Katanya nak ubah konsep interior design dalam rumah. Mungkin sebab mama tertarik hati selepas tengok konsep bilik Mya yang bertemakan minimal. Jadinya, bila mama tersayang dah bertanya, Mya pun rajinkan diri yang malas ni untuk mencari bingkai gambar secara online. Habis rajin la tu. Sebab at the end, tanya pakcik google jugak.
Mya mahukan bingkai gambar tanpa cermin...
Mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa tak beli sahaja frame yang ada dijual di kedai? Lebih murah dan pelbagai. Memang Mya ada terfikir begitu juga. Tapi, kebanyakan bingkai gambar di kedai datang dengan cermin, which is the first thing yang Mya nak elak bila beli frame. Bukan apa. Dah banyak frame di rumah Mya yang terkorban gara-gara terjatuh dan cermin frame pecah. Elok pula masa tu anak-anak buah tengah ramai kat rumah. Bahaya betul.
Sebab itulah Mya terfikir kalau-kalau dapat cari website yang sediakan perkhidmatan print gambar sekali dengan frame. Lebih elok kalau gambar yang kita print tu ada protective lamination. Bolehlah sekali-sekala dibersihkan. Barulah nampak kemas sentiasa. Paling nice, boleh buat sebagai hadiah untuk kawan-kawan yang kahwin ke, hadiah ulangtahun untuk yang tersayang ke. Awak semua pun tahu Mya ni sejenis 'semua-benda-pun-nak-dijadikan-hadiah'.
Anyway, jalan punya jalan kat internet ni, Mya terjumpa jugak akhirnya satu website yang boleh bagi semua yang Mya nak. Nice finishing, frame gambar yang berkualiti dan tanpa cermin. Rupanya, semua ni Mya boleh dapatkan di Photojaanic. Harga pun boleh tahan. Paling best sebab boleh print gambar juga. Memang benda yang paling sukalah, kan? Jadi, sementara Mya nak tambah bab terbaru dalam e-novel Mya, Mya nak pusing-pusing kat website ni. Jom join.
nak ambil gambar pun malas inikan pula nak frame tapi bingkai tu memang cantik..hihi
ReplyDeletewah rajin mya meng framekan gambar..hehe..
ReplyDeleteMya, jemput join segmen dan giveaway di blog Siqah ye :)
ReplyDeleteLETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA
SEGMEN : MAKING A BLOG LIST BY BLOG SIQAHIQA