Patutkah aku kembali menulis?
Assalamualaikum w.b.t. Dah lebih setahun sebenarnya aku berhenti menulis di blog. Macam-macam dah terjadi. Umur pun dah mencecah 3-series. Sejujurnya, kalau difikirkan memang aku serba salah sama ada mahu kembali menulis atau tidak. Sebab aku yakin, pembaca blog ni pun dah tak berapa ramai yang masih kekal ada di sini. Malah, aku sendiri tak yakin sama ada aku masih menulis dengan baik. Bagi aku, tugas sebagai penulis, baik secara atas talian atau luar talian, adalah satu tugasan yang besar. Aku kena bertanggungjawab dengan apa yang aku kongsikan kepada orang lain.
Setahun lebih dah berlalu, aku pun dah naik pangkat sebagai seorang ibu. Walaupun baru beberapa bulan, aku akui, tugas baru ni, bukan tugas yang mudah kalau tiada sokongan dan bantuan dari orang sekeliling. Bahkan, kalau korang tanya kepada aku, aku nak berterima kasih kepada anak aku yang ada masanya seolah memahami kekangan masa yang ibu bapa dia hadap. Hari-hari ikut kami berulang ke kedai dari usia seawal dua bulan. Oh ya, dalam tempoh setahun ni pun, aku dengan suami dah buka kedai fizikal untuk studio percetakan kami yang baru mula bertapak semula tu. InsyaAllah, satu persatu akan mula bersusun dan berlangsung hendaknya.
PAPERWORKS CYBERJAYA.
Mendengar namanya pun korang dah boleh agak lokasi keberadaannya di mana. Bukan sekadar kad nama, kad kahwin dan kad ucapan, bermacam produk lain juga kami akan cuba ketengahkan. Tambahan lagi menjelang 2023 yang tidak sampai beberapa bulan lagi. Kami ada juga sediakan planner yang boleh korang guna sendiri, atau jadikan hadiah kepada insan tersayang. Doakan aku ada kesempatan untuk berkongsi perihal planner tersebut di masa akan datang, ‘key?
Aku tak berniat hendak menulis dengan panjang pun untuk entri kali ni. Sekadar hendak bertanya dan meluahkan soalan yang bermain di kepala dan di hati: patutkah aku menulis kembali.
Rasanya soalan tu jawapannya adalah dari diri kita sendiri.. Semoga Allah permudahkan semuanya, murahkan rezeki dan sentiasa dlam lindungan Allah
ReplyDelete