10 trick psikologi perlu diketahui
Kadang-kadang kita macam tak berapa nak faham apa yang jadi sekeliling kita bila kita cuba nak interact dengan orang lain. Nampak macam okey, tapi tak okey. Tapi, untuk entri santai petang ni, Mya nak share 10 tricks psikologi yang boleh kita nampak bila bersosial dengan orang lain. Tak kiralah siapa pun. Kawan sekerja, kawan rapat, first date. Malah dengan orang yang kita tak kenal pun.
1. Pernah perasan tak, bila satu group berkumpul, berborak and bergelak ketawa, kita automatically akan pandang orang atau kawan yang paling rapat dengan kita dalam group tu. Tak perasan? Maybe boleh tengok next time.
2. Bila tengah nervous yang teramat sangat, tak kisahlah sebab nak kena buat presentation depan orang ramai atau apa-apa saja, cuba kunyah chewing gum atau jelly. Sebabnya, bila kita kunyah sesuatu, otak kita akan buat konklusi lain yang boleh kurangkan rasa nervous tu.
3. Trick yang ni dikira aci tipu sikit. Special untuk orang yang nak pergi first date tu. Try bawak first date korang ke tempat yang exciting. Macam naik roller coaster ke viking or horror movie *if she like horror movielah* Bila buat benda yang exciting ni, adrenaline kita akan naik. So, your date akan rasa yang dorang are having so much fun with you.
4, Senyum. Nampak simple, tapi ni trick happiness paling mudah. Kalau tengah stress tu, stop sekejap. Tarik nafas panjang-panjang dan senyum. Jangan senyum sinis atau senyum segaris tu. Senyum lebar. Macam orang dapat jackpot. Automatically, you will feel better and happier.
5. Kali ni Mya nak bagi trick yang agak nakal. Have someone you like? Teringin nak tenung lama-lama tanpa sebab? This trick will give you at least a minute. Caranya mudah sangat. Pandang je apa-apa yang ada di belakang si dia sampai dia pandang awak. Then, bila dia pandang awak, awak pandanglah dia dan tanya "Kenapa?". Automatically si dia akan rasa malu nak pandang awak. So, awak bolehlah tenung dia lama-lama.
6. Macam mana nak buat suatu joke tu jadi cepat hambar? Mudah sangat. Buat-buat tak faham dan tanya banyak kali. Besar kemungkin orang tu takkan ulang joke yang sama dengan orang pun.
7. Sebaiknya kita gelar someone yang kita baru kenal dengan nama. Akan nampak lebih mesra and sebenarnya trick ni akan memudahkan kita bina kepercayaan seseorang pada kita. Contohnya, kawan Mya kenalkan Mya kepada someone bernama Aan. Masa berbual, Aan banyak sebut nama Mya berbanding perkataan 'kau'. Mya akan cepat rasa selesa dan mesra.
8. Bila berbual dengan seseorang dan awak beritahu sesuatu fakta, awak boleh tengok pada reaksi seseorang sama ada dia berminat untuk tahu atau tak. Salah satunya adalah dengan pandangan. Bila someone to keep eye contact dengan awak, itu bermaksud yang dia nak tahu lebih lanjut. Kalau dia menunduk atau berpura-pura buat perkara lain, faham-faham sajalah ya...
9. Tell someone that you're excited to meet them and they will feel the same way. Mungkin cara ni tak berapa berkesan untuk orang yang baru nak berjumpa untuk kali pertama. But, try tell this to someone close. They will react as excited as you.
10. Trick last ni sangatlah tak digalakkan untuk dilakukan. Sebab memang tak elok untuk dilakukan. Tapi, as for sharing, the trick is always tell the truth. Supaya, bila keadaan mendesak yang perlukan awak menipu, orang akan percaya. Tapi, kalau boleh, tak mahulah menipu ni. Just be honest, okay?
Dalam sepuluh trick yang nakal, jahat, comel and cute ni, mana yang elok tu, bolehlah buat. Yang tak elok tu, jadikan pengajaran sahajalah, ya? Rasa bersalah pulak ajar benda bukan-bukan ni *emotikonpeluhsetitikdidahikiri*
bestnya semua trick tu! ada yang elsa pernah buat dan ada yang belum. tapi bab takyah gelak kalau buat lawak tu elsa selalu buat, even sebenarnya memang kelakar pun, cuma saja nak mengacau hakhakhak
ReplyDeletesinggah klik nuffnang :) http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/my-boyfriends-girlfriends-bloglist.html