Monochrome: Fesyen tanpa mengira zaman

Assalamualaikum w.b.t. Bagi yang tidak faham atau tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan monochrome, ianya adalah gabungan dua warna klasik iaitu hitam dan putih, yang juga merupakan warna asas dalam trend dunia fesyen. Monochrome adalah padanan dua warna spektrum bertentangan yang sebenarnya sentiasa menjadi pilihan walaupun zaman beredar dan berubah. Bagi Mya sendiri, padanan hitam dan putih ni sebenarnya mampu menghasilkan sesuatu yang sangat bergaya. 

Monochrome membentuk identiti

Baik lelaki atau perempuan, monochrome adalah pilihan yang terbaik untuk awak nampak lebih bergaya dan kemas. Dalam dunia fesyen yang kian berkembang ini contohnya, ada warna yang mungkin tidak padan dengan awak. Terlalu terang atau terlalu malap membuatkan penampilan awak nampak tidak selesa dan janggal pada tubuh. In easier words, monochrome adalah pilihan warna selamat untuk digayakan dalam sebarang majlis atau situasi. Awak yang menyarung pakaian dengan warna monochrome nampak lebih bersahaja, elegan dan yakin. 
Mungkin ada yang berpendapat bahawa hitam dan putih menghasilkan tona yang tipikal dan bosan. Tapi, dalam dunia fesyen yang sering berubah-ubah ini, Mya tak rasa itu akan menjadi masalah lagi. Lihat sahaja berapa banyak corak yang dikeluarkan demi mendatangkan kelainan dalam setiap rekaan yang memilih monochrome sebagai warna utama. Polka dot, tribal dan belang sudah cukup menampilkan sisi yang berbeza dalam diri awak.

Monochrome + warna = Fantastik!

Siapa kata awak tak boleh gabungkan monochrome dengan warna lain? Awak sebenarnya lebih bebas untuk memilih aksesori, beg tangan, scarf, or even kasut dalam warna pilihan awak. Stripe top dengan colorful bracelet menjadikan awak seseorang yang nampak mesra dan mudah didekati. Polkadot dengan floral-printed scarf menjadikan awak nampak lebih matang. Sama juga bagi si teruna. Padanan kemeja monochrome dengan seluar berwarna khaki menjadikan awak nampak lebih bergaya dan mampu menarik perhatian para gadis. Jadi, jangan jadikan hitam dan putih sebagai alasan untuk awak tidak bergaya dan nampak tidak kemas. Suit up! Roger and Out.

Comments

  1. Hitam dan putih warna pilihan yang selamat boleh disuaipadan dengan semua jenis color.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bercuti ke Kuala Lumpur lebih menarik dengan Scoot!

Seleksi makanan Food Truck di sekitar Kuala Lumpur

Cannis: Virtual World to tops Nasdaq in reality