'See your memories on this day' di Facebook mengamit kenangan
Assalamualaikum w.b.t
Hai semua .
Kalau tengok tajuk pun macam dah boleh agak apa yang Mya nak cakap kan? Siapa setuju ? Mungkin ada antara memories yang dipamerkan tu macam menimbulkan rasa malu dengan diri sendiri apabila dikenang semula. Tetapi, setuju tak kalau Mya kata, ianya seolah petanda yang kita sudah berubah menjadi lebih baik ? Siapa kata nak berubah itu susah ?
*Padahal sendiri yang kata*
Anyway, seronok juga kalau mengenang kembali cerita lama sebegitu *yang memalukan, tolak tepi*. Gambar dengan kawan-kawan lama, tempat yang pernah dilawati dan pelbagai lagi yang indah untuk diimbas kembali sebenarnya. Macam Mya sendiri, Mya suka melihat hasil kerja lama yang pernah dibuat semasa mula berniaga dulu.
Jadi, tak semuanya buruk kan?
Anyway, stay with me till next time.
Bye, XOXO.
p/s : Bila tulis pasal memori , tiba-tiba teringat filem Inside Out
hahahaha malu bila baca balik. ada tu berkerut dahi fikir tengah sembang pasal apa ni 6 tahun lepas. hahaha
ReplyDelete