Awas, Tekanan Darah Rendah!

Berbanding tekanan darah tinggi, masalah tekanan darah rendah kurang diberi perhatian.
Adakalanya, kerana bimbangkan masalah tekanan darah tinggi, kita akan berdiet dan terlalu berjaga-jaga dalam pemakanan. Namun begitu, ia mungkin mengakibatkan tekanan darah rendah.

Sama bahaya, sama mudarat!


Apa itu tekanan darah rendah?

Tekanan Darah Rendah
Tekanan darah rendah atau istilah mediknya hipotensi adalah satu keadaan di mana tekanan darah adalah lebih rendah dari kadar yang diperlukan,  mengakibatkan organ tidak mendapat aliran darah secukupnya. 

Tekanan darah normal  →  120/80 mmHg
Tekanan darah rendah  →  90/60 mmHg

Golongan yang mudah terdedah kepada tekanan darah rendah?

Tekanan darah dalam tubuh kita dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti usia, aktiviti harian, perasaan, ubatan dan infeksi. Pada usia 25 tahun dan kebawah, jangan hairan jika pakar perubatan memberitahu bahawa tekanan darah anda setinggi 110/82 mmHg adalah normal. Ini kerana di usia yang masih muda, kadar jantung anda mengepam masih terkawal. *I was panic bila tengok tekanan darah rendah but the doctor said that it's fine for someone in my age range*

Golongan yang sering dikaitkan dengan masalah hipotensi adalah atlet dan pengamal diet. Pemakanan yang terkawal serta aktiviti yang terlalu berat boleh mengundang kepada masalah ini. Selain itu, ibu mengandung juga berpotensi untuk menghidap hipotensi kerana sistem peredaran darah yang berkembang, membuatkan tekanan darah mudah merendah.

Petanda awal tekanan darah rendah?

Petanda Tekanan Darah Rendah
→ cepat penat  → sukar fokus
→ pening kepala ketika mengubah posisi badan
→ pandangan kabur  → mual 
→ pucat dan lesu  → depresi  → cepat haus

Cara atasi tekanan darah rendah

 Makan lebih garam tetapi dalam kuantiti terkawal.
Takut jika berlebihan, akan mengundang masalah lain nanti!

♀ Minum lebih banyak air.
Lebih digalakkan untuk minum air yang mengandungi ORS.
Masih, awasi kadar pengambilan anda!

♀ Ubah posisi anda perlahan-lahan.
Tarik nafas panjang selama beberapa minit
sebelum mengubah posisi lebih membantu.

♀ Bersukan secara berpada.
Janganlah berlebihan sehingga menjejaskan diri sendiri.

http://myafarisha.blogspot.com/2016/11/diet-awas-tekanan-darah-rendah.html
Tekanan Darah Rendah

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bercuti ke Kuala Lumpur lebih menarik dengan Scoot!

Seleksi makanan Food Truck di sekitar Kuala Lumpur

Cannis: Virtual World to tops Nasdaq in reality