Posts

[LIRIK] Seventeen - THUNDER

Image
Korean + Romanized Lyrics - Seventeen THUNDER 떨어져 flash 온몸이 crash Tteoreojyeo flash onmomi crash 회로가 미쳐버렸어 제멋대로 Hwero-ga michyeobeoryeosseo jemotdaero Now I'm funked up 액셀 밟어 Now I'm funked up aeksel balbeo Everybody say 'Whoa' WHOAA Oh 매일 이러면 좋아 달라진 DNA Oh maeil ireomyeon joha dallajin DNA 신남은 덤이야 Sinnam-eun deom-iya 아, 기분 어떡해 A, gibun eotteokhae 달라진 동공을 희한하다고 다 늘려대면 어때 Dallajin donggong-eul huihanhadago da neullyeodaemyeon eottae 이게 꿈이라면 그게 더 아쉬울 것만 같은데 Ige kkummiramyeon geuge deo aswiul geotman gateunde 다 모여봐 날뛰어 보자 Da moyeobwa nalttwieo boja 우리 밤은 뜨거우니까 Uri bam-eun tteugeounikka 친구들 Ring Ring 영감도 Ring Ring Chingudeul Ring Ring yeonggamdo Ring Ring 떠올라 마치 번개처럼 번쩍 Tteoolla machi beon-gaecheoreom beon-jjeok ALO ALO THUNDER ALO ALO 번개처럼 찾아왔다 ALO ALO beongaecheoreom chajawatda ALO ALO THUNDER ALO ALO 떠올라 마치 번개처럼 번쩍 ALO ALO tteoolla machi beongaecheoreom beonjjeok 계속 걸려 오늘 전화벨 소리 Gyesok geollyeo oneul jeonhwabel sori 번개처럼 계속 찌릿찌릿 따끔해요 Beongaecheoreom gyeso...

Senarai Penuh Pemenang SBS Drama Awards 2024

Image
Serentak semalam, 21 Disember 2024, stesen penyiaran Korea Selatan iaitu SBS, turut mengadakan majlis penganugerahan untuk drama yang telah ditayangkan dalam tahun 2024. Jom bersama kita tengok senarai penuh pemenang pemenang SBS Drama Awards bagi tahun 2024. Senarai Penuh Pemenang SBS Drama Awards 2024 Best New Actor:   Kang Sang Jun (“Flex X Cop”), Kim Shin Bi (“Flex X Cop”),  Seo Bum June (“The Fiery Priest 2”), Kim Min Ju (“Connection”),  Yuju (“The Escape of the Seven: Resurrection”) Best Young Actor:   Moon Woo Jin  (“The Fiery Priest 2”),  Yuna  (“Good Partner”) Best Supporting Actor (Human or Fantasy Miniseries) :  Kim In Kwon  (“The Judge From Hell”),  Ji Seung Hyun  (“Good Partner”),  Kim Jae Hwa  (“The Judge From Hell”),  Kim Hye Hwa (“The Judge From Hell”) Best Supporting Actor (Multi-Season Series) :  Seo Hyun Woo  (“The Fiery Priest 2”),  Shim Yi Young  (“The Escape of the Seven: ...

Senarai penuh pemenang KBS Entertaiment Awards 2024

Image
Semalam, 21 Disember 2024, telah berlangsung satu acara terbesar bagi salah satu stesen penyiaran di Korea Selatan, iaitu KBS Entertainment Awards, di mana penganugerahan akan diberi kepada rancangan hiburan di stesen KBS. Di sini, senarai penuh pemenang bagi majlis tersebut. Senarai penuh pemenang KBS Entertaiment Awards 2024 Pengacara Majlis Rasmi : Lee Joon, Lee Young Ji & Lee Chan Won Entertainer of the Year :  Yoo Jae Suk, Ryu Soo Young, Jun Hyun Moo, Kim Jong Min, Lee Chan Won Top Excellence in Show & Variety : Shin Yoon Seung, Cho Sae Ho Top Excellence in Reality : Kim Joon Ho, Jang Min Ho Excellence in Show & Variety : Lee Joon, Lee Young Ji Excellence in Reality : Park Soo Hong, Jung Ji Sun Rookie Award for Show & Variety : aespa’s Karina, Block B’s Zico Rookie Award for Reality : Park Seo Jin, Lee Sang Woo Best Couple :  Moon Sang Min & ILLIT’s Minju,  SECHSKIES’s Eun Ji Won and Baek Ji Young,  Jung Tae Ho & Nam Hyun Seung Best Teamw...

Cara buat Kimchi yang mudah dan ringkas

Image
Sebelum aku jumpa resepi kimchi yang aku guna ni, aku selalu jumpa resepi yang susah nak buat, atau pun menggunakan bahan yang terlalu banyak. Padahal, tak sampai sepuluh bahan pun diperlukan sebenarnya. Bila ada kimchi ni, ada banyak masakan lain yang boleh cuba dimasak. Contohnya kimchi jjigae, kimchi bokkeumbab dan kimchi jeon. Bila buat kimchi sendiri, kita tau tahap kesegarannya. Maka, jomlah aku kongsikan cara membuat kimchi yang mudah, ringkas dan sedap.  Bahan bahan yang diperlukan untuk buat Kimchi: Kobis panjang Kucai Serbuk Cili Garam Kasar Gula Bawang Putih Kisar Sos Ikan Air Cara membuat Kimchi: Belah kobis panjang yang dah dibersihkan kepada 4 bahagian. Potong setiap bahagian tadi kepada saiz mudah makan. Aku potong pendek sikit dari panjang ibu jari aku.  Ratakan satu bahagian kobis dalam mangkuk besar, taburkan rata garam kasar. Kemudian, masukkan lagi satu bahagian kobis, taburkan rata garam sekali lagi. Ulang lapisan by lapisan sampai habis kobis. Masukkan se...

[LIRIK] OMK - Zubir Khan & Ezra Kairo

Image
Lirik OMK (Oh My Kadhale) - Zubir Khan & Ezra Kairo Ku Kan Berada Selama Disisi Ku Tahu Kau Terluka Jangan Kau Pergi Ku Janji Hidupmu Kan Tetap Tenang Sedunia Ku Mencarimu Janjiku Tak Hilang Dan Ku Cuba Buktikan Erti Cinta Cerita Tentang Kita Oh Berdua Oh My Kadhale Tolong Dengari Aku Oh My Kadhale Selamatkanlah AKu Oh My Kadhale Hanya Perlukan Kamu Oh My Kadhale Neetha Yen Kadhale Oh My Kadhale Valikithe nenji Unne Pakame Oh My Kadhale Unne Thedi Nanum Varuven Oh My Kadhale Nee Than Yen Uyire Di Nee Than Yen Ulagem Di Ohh Penne Pogathe Unkitta pesama enalla Thoonvagum kuda mudiyaleye Antha kanavum unna Theda solli kekkudhe Unna parkka thinamum naan Kadavul kitte vendikutten Antha nilavil kuda un Mugam therikirathe Oh My Kadhale Tolong dengari aku Oh My Kadhale Selamatkanlah aku Oh My Kadhale Hanya perlukan kamu Oh My Kadhale Neetha yen kadhale Oh My Kadhale Valikithe nenji unne pakame Oh My Kadhale Unne thedi nanum varuven Oh My Kadhale Nee than yen uyire di Nee than yen ulagem di...

[LIRIK] Puas Sudah - Aina Abdul

Image
Apa yang engkau rasa Apa yang ku rasa Sakit ini mencengkam tiada penghujungnya  Namun apa dayaku sebagai seorang hamba  Hilangkah kasih sayang darimu Puas sudah ku mencoba untuk merelakan semua Habis terbelah didada kutersenyum jua Pintaku hanya utk kau setia kepada permata permata yang kau jaga Apakah kau percaya pada ikrar cinta? Janji setia semata yang engkau lafazkan Namun apa dayaku sebagai seorang hamba Pada cinta yang kabur masa depannya Puas sudah ku mencoba untuk merelakan semua Habis terbelah didada kutersenyum jua Pintaku hanya utk kau setia kepada permata permata yang kau jaga Semua derita, sudah tercipta Yang tinggal hanya sebuah kenangan Puas sudah aku berdiam sahaja Namun hati ini perlu teguh untuk cahaya mataku, uwuuuu Puas sudah ku mencoba untuk merelakan semua Habis terbelah didada kutersenyum jua Pintaku hanya utk kau setia kepada permata permata yang kau jaga Puas sudah aku berjuang untuk ku merelakan semua Pintaku hanyalah kau setia pada,  Hanya cinta...

Emas dalam adat Melayu: Cincin merisik, tunang dan nikah

Image
Hai semua. Memandangkan kita sudah semakin hampir kepada penghujung 2024, makanya musim kenduri sudah semakin tiba. Ramilah yang akan mengadakan pelbagai jenis kenduri, termasuklah majlis aqiqah, majlis perkahwinan, majlis pertunangan dan sebagainya yang lain. Tapi, untuk topik kali ni, aku nak ajak berborak mengenai emas dalam adat Melayu. Ya, dari upacara merisik hinggalah ke akad nikah, adat Melayu selalunya menggunakan emas sebagai tanda. Dalam adat Melayu kita, untuk sesebuah hubungan itu menuju ke arah perkahwinan, beberapa upacara biasanya dijalankan. Upacara -upacara itu adalah: merisik, meminang dan menikah. Sinonim bagi setiap upacara ini adalah emas, di mana dalam setiap upacara ini, pihak lelaki akan memberi cincin emas kepada pihak perempuan. Seringkali itu jugalah aku ditanya oleh kawan- kawan yang masih bujang, apakah jenis cincin yang sesuai untuk setiap upacara? Jadi, dalam entry kali ni, aku nak tunjukkan beberapa jenis cincin yang sesuai digunakan. Upacara merisik Up...

Yang mana antara 30 lagu akan mara ke Anugerah Juara Lagu ke-39?

Image
Hai semua. Minggu lepas, secara rasminya, senarai 30 buah lagu yang akan bertanding di pentas separuh akhir Muzik Muzik 39 telah pun diumumkan. Acara muzikal rasmi tahunan ini akan dijalankan secara langsung dari Studio Glenmarie, Shah Alam pada 14 dan 15 November 2024 ini. Saingan semakin sengit. Yang manakah antara 30 lagu ini yang akan mara ke pentas Anugerah Juara Lagu 39 nanti?  Secara jujurnya, aku tak pernah sempat mengikuti episod mingguan Muzik Muzik yang ditayangkan di TV3, setiap hari Ahad, jam 12.20 tengah hari. Jadinya, aku agak excited jugak la bila senarai 30 lagu ni keluar. Aku akui, ada lagu yang aku biasa dengar, dan ada juga lagu yang aku kurang familiar. Apa -apapun, inilah senarai 30 lagu yang mara ke Separuh Akhir Muzik Muzik 39. Senarai 30 lagu yang layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik 39 ILU - Aepul Roza OMK - Ezra Kairo & Zubir Khan Aura -  Ernie Zakri Tangis - Nabila Razali Risiko - Benzooloo, Ghidd, Meerfly, Tuju & MK K-clique Gelora - Us...

Resepi Mudah Sundubu Jjigae

Image
Hai semua. Ada tak antara korang yang suka makan makanan dari Korea Selatan macam aku? I have to admit yang aku paling suka makan jjigae. Tak kisahlah jjigae apa. Aku pernah cuba masak resepi sundubu jjigae sebelum ni. Tapi bila aku ikut resepi tu, macam ada yang tak kena. Tapi! Akhirnya aku dah jumpa resepi mudah yang memang confirm korang rasa macam boleh ulang masak sendiri je banyak kali lepas ni. So, jom aku kongsikan resepi mudah untuk memasak Sundubu Jjigae ni. First, jom tengok senarai bahan yang diperlukan. Resepi ni pun tak perlu menggunakan gochujang tau, which bagi aku rugi untuk dibeli sebab bukan selalu pun mood nak makan makanan Korea tu datang kan? Lainlah kalau memang pakai hari-hari. Bahan-bahannya adalah:  1/4 Bawang Holland  Green Onion  Daging Kisar  3 sudu Serbuk cili  2 cawan Air  2 sudu Bawang Putih Kisar  3 sudu Kicap Masin  2 sudu Sos ikan  Cendawan  2 Ketul Taufu Lembut  Telur  Black Pepper & Cili...

Anugerah Bintang Popular sah milik Bell Ngasri

Image
Laungan 'Yak Yak Yeah' megah bergema di dalam dewan Istana Budaya malam tadi selepas Bell Ngasri, yang kini juga mesra disapa dengan watak lakonannya, Barkoba, dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular sempena Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35). Bell Ngasri, atau nama sebenarnya, Nasrizal Ngasri menyatakan kesyukuran ke hadrat Ilahi serta ucapan terima kasih kepada keluarganya yang sentiasa menjadi tulang belakangnya selama lebih 37 tahun penglibatannya dalam dunia seni. Kredit: Berita Harian Sejujurnya, kemenangan Bell kali ini sememangnya dinantikan oleh ramai pihak, terutamanya selepas Bell kini terkenal dengan watak Barkoba. Rata-rata pengguna di media sosial memberikan kata-kata semangat dan turut menyatakan sokongan mereka terhadap Bell, di bawah salah satu post terbaru beliau di Instagram yang mana menunjukkan adiknya, Datin Anne Ngasri menerima kurnia Darjah Kesatria Mangku Negara (KMN) daripada Yang di-Pertuan Agong pada hari Khamis lalu. Aku...

[LIRIK] Darah - Marsha Milan Londoh

Image
Lirik Darah - Marsha Milan Londoh Ke mana ku campakkan Ke mana ku layangkan Sisa-sisa memori bertukar ngeri Dahulu ku pertama Dahulu ku juara Kini aku hanya hidup yang mati Biar ku berlari Tanpa bayang mu Tinggalkan jauh berbatu  Hingga darah air mata bersatu  Lihat aku dari matanya  Apa akan sama semua  Yang engkau bilang cinta  Dan kau ulang ketika bersamanya  Telah ku hitung masa  Telah tergadai nyawa  Hanya untuk melihat kau hancurkan  Biar ku berlari  Tanpa bayang mu  Tinggalkan jauh berbatu Hingga darah air mata bersatu  Lihat aku dari matanya  Apa akan sama semua  Yang engkau bilang cinta  Dan kau ulang ketika bersamanya  Apa harus aku padamkan api  Sedang kau biar jiwa ku membara  Lihat aku dari matanya  Apa akan sama semua  Yang engkau bilang cinta  Dan kau ulang ketika  Dan kau ulang ketika  Dan kau ulang ketika bersamanya

Menariknya Pulau-pulau dalam Malaysia!

Image
Assalamualaikum w.b.t. dan hai kepada semua yang masih setia membaca blog sendu ni. Terasa nak berborak dengan korang pasal wishlist aku yang satu ni. Aku ni, walaupun setakat ini baru dua buah pulau (baca: pulau yang betul berada di tengah lautan) selain Pulau Pangkor yang berjaya aku teroka dan jelajahi (ye laa tu..) iaitu Pulau Langkawi dan Pulau Tioman, aku suka sangat dengan pulau-pulau yang ada dalam negara kita ni. Even, para pelancong dari luar negara pun ramai yang tertarik dengan keunikan pulau-pulau kat negara kita. Sehingga ke hari ini, aku tersangat-lah teringin nak sampaikan diri ke Pulau Mataking dan Pulau Perhentian. Walaupun Pulau Perhentian tu masih dalam semenanjung Malaysia, banyak halangan dan dugaan untuk aku sampai ke sana. Bila ada masa, ongkosnya kurang. Bila ada modal, kekangan masa-lah pulak. Untuk sampai tu, memerlukan perancangan yang rapi, walaupun selalunya bila merancang tu jarang menjadi jugak. Pulau Mataking Bagi yang tak tahu (yang tahu, diam-diam je ...

Perlu ke menderma darah? Faedah dan Prosedur berkaitan

Image
Aku tahu, ramai antara kita yang masih belum pernah menderma darah walaupun sekali. Baik disebabkan belum berkesempatan, takut jarum mahupun tidak boleh tengok darah, menderma darah ada satu perkara yang baik untuk dilakukan, bukan sahaja kepada diri sendiri, malahan kepada orang lain juga. Tahukah korang bahawa dari sebekas darah yang kita dermakan, kita dapat membantu menyelamatkan tiga nyawa? Malahan, dengan menderma darah, kita dapat mengambil tahu tahap kesihatan kita sama ada di tahap yang baik atau sebaliknya. Jadi, berbalik kepada soalan asal, perlukah kita menderma darah? Apabila kita menderma darah, darah tersebut akan diuji kaji terlebih dahulu untuk memastikan betul pengagihan kumpulannya. Selain itu, ujian darah juga perlu dilakukan bagi memastikan darah yang didermakan bebas daripada sebarang penyakit dan jangkitan virus seperti siflis, hepatitis B dan C, dan juga AIDS. Jika didapati ada keputusan yang mencurigakan, pihak hospital akan menghubungi kembali penderma untuk m...

Senarai Penuh Menteri dan Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan 2023

Image
Akhirnya, pada 9 Disember 2023, Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Anwar bin Ibrahim telah pun mengumumkan senarai nama timbalan menteri bagi melengkapi pengumuman anggota jemaah menteri yang kini memenuhi senarai kabinet Malaysia. Jom kita tengok nama-nama yang berkaitan dengan setiap kementerian bagi memudahkan kita ‘menyalurkan’ aduan dan pendapat kita di masa akan datang. Gambar ehsan BHOnline Perdana Menteri - Dato Seri Anwar bin Ibrahim Timbalan Perdana Menteri - Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri - Dato Sri Fadillah bin Yusof Kewangan   Menteri - Dato Seri Anwar bin Ibrahim Timbalan - Ahmad bin Maslan Timbalan - Sim Chee Keong (Steven Sim) Pengangkutan   Menteri - Loke Siew Fook Timbalan - Datuk Haji Hasbi bin Habibollah Pertanian dan Keterjaminan Makanan Menteri - Mohamad bin Sabu Timbalan - Chan Foong Hin Ekonomi Menteri - Mohd Rafizi bin Ramli Timbalan - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib Pembangunan Kerajaan Tempatan Menteri - Nga Kor Ming Timbalan - Akmal ...

Senarai Lagu mara ke Pentas Akhir AJL 37

Image
Pada 27 November 2022 yang lepas, senarai 12 lagu yang berjaya mara ke Anugerah Juara lagu (AJL) 37 telah diumumkan selepas berakhirnya episod kedua Separuh Akhir Muzik Muzik. AJL 37 yang akan berlangsung pada Februari 2023 nanti menampilkan 5 penyanyi solo wanita, 2 penyanyi solo lelaki dan 5 lagi duo/berkumpulan. Jom kita semak senarai lagu yang bakal berentap di pentas kemuncak Anugerah Juara Lagu 37 nanti. Sengsara - Khai Bahar Komposer : John Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar K Lirik : John Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar K Mainan - Naim Daniel Komposer : Firdaus Rahmat, Omar K & Nas Dewangga Lirik : Arisz Ab Rahman Anugerah Terindah Komposer : Alif Satar, Romeo, Tam Cobain & Efry Arwis Lirik : Alif Satar, Shah Shamsiri & Romeo Nang - Iman Troye Komposer : Ezra Kong & A. Ramle Lirik : Ezra Kong & A. Ramle Bahagiakan Dia - Shila Amzah & Liza Hanim Komposer : Aliff Iskandar Lirik : Aliff Iskandar & Que Afiq Kembali Terang - Marsha Komposer : Semma &...

Senarai K-Drama perlu ditonton Disember 2022?

Image
Semakin nak menjengah hujung tahun, makin banyak kerja yang perlu diselesaikan. Almaklumlah, dulu nak jaga perut sendiri je. Sekarang, suami isteri berkerja keras nak jaga perut anak sekali. Tetapi, sebagai penonton tegar drama Korea, aku cuba juga untuk be up-to-date dengan senarai K-Drama yang semakin panjang. Tapi, untuk entri kali ni, aku cuba senaraikan K-Drama yang baru bermula dan yang bakal ditayangkan mulai bulan Disember ni. Reborn Rich Reborn Rich (English title) atau Anak Bongsu Keluarga Kaya (terjemahan bahasa) adalah sebuah drama bergenre fantasi dan politikal bisnes yang mebariskan Song Joong Ki sebagai watak utama. Drama yang berlangsung sebanyak 16 episod ini bermula pada 18 November sehingga 25 Disember 2022. Namun begitu, tayangan pada 2 Disember tidak diteruskan kerana memberi laluan kepada tayangan perlawanan Piala Dunia antara Korea Selatan menentang Portugal.  Yoon Hyun Woo (Song Joong Ki) telah pun bekerja untuk Soonyang Conglomerate lebih dari 10 tahun. Tug...

Mastitis Journey: Part One

Image
I don’t really share about this one experience unless being asked. But, I do think of it, at least, as the most memorable experience that should always be acknowledged as a nursing mother, especially. Mastitis, for those who unfamiliar with the term, is an inflammation of breast tissue that may result in breast pain, swelling, redness and warmth. It is caused by blocked milk duct, where breast milk that maybe doesn’t completely emptied at feedings, or longer time distance between feedings and causing milk trapped in the breast. And that is what actually happened to me. Let’s get this story back to the beginning. Move back a couple of months before PRU even happened, back to the day when I first time ever became COVID-19 patient. First time tau selepas dua tahun setengah melawan. I did my quarantine session at home. However, my baby didn’t really understand that. Of course! He was only two weeks short before his third month’s shot. I was quite scared to feed him directly. But I still di...

Comelnya Nursing Room di iOi City Mall, Putrajaya

Image
Sejak dah naik pangkat jadi mak-mak ni, benda pertama yang aku cari bila masuk mana-mana mall adalah nursing room dulu. Bagi aku, paling mudah nak cari nursing room bila masuk AEON Mall sebab mereka memang akan muatkan bilik khas dalam bahagian bayi dan kanak-kanak. Tetapi, dalam banyak-banyak negeri, sememangnya bahagian Lembah Klanglah paling banyak nursing room. Oh ya, berbalik kepada tajuk asal. Nursing room atau baby room di wing baru iOi City Mall, Putrajaya memang comel sangat. Comel dan tenang Menggunakan warna pastel, pihak iOi City Mall tak menggunakan hiasan sarat pun di dalam bilik serbaguna ni. Kedudukan tempat tukar lampin yang tersusun elok di hadapan barisan sinki pun dah cukup memudahkan dan nampak teratur. Di dalam ruangan ini juga turut disediakan mesin water dispenser bagi ibu bapa yang memerlukan. Ruang yang ringkas tapi luas Bagi ibu-ibu yang mahu menyusukan bayi atau mahu mengepam susu badan secara privasi, di dalam ruangan ini juga turut disediakan bilik-bilik k...