Awas, Tekanan Darah Rendah!
Berbanding tekanan darah tinggi, masalah tekanan darah rendah kurang diberi perhatian. Adakalanya, kerana bimbangkan masalah tekanan darah tinggi, kita akan berdiet dan terlalu berjaga-jaga dalam pemakanan. Namun begitu, ia mungkin mengakibatkan tekanan darah rendah. Sama bahaya, sama mudarat! Apa itu tekanan darah rendah? Tekanan Darah Rendah Tekanan darah rendah atau istilah mediknya hipotensi adalah satu keadaan di mana tekanan darah adalah lebih rendah dari kadar yang diperlukan , mengakibatkan organ tidak mendapat aliran darah secukupnya. Tekanan darah normal → 120/80 mmHg Tekanan darah rendah → 90/60 mmHg Golongan yang mudah terdedah kepada tekanan darah rendah? Tekanan darah dalam tubuh kita dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti usia, aktiviti harian, perasaan, ubatan dan infeksi . Pada usia 25 tahun dan kebawah, jangan hairan jika pakar perubatan memberitahu bahawa tekanan darah anda set...