Resepi : Sos Black Pepper
Assalamualaikum w.b.t
Hai semua
Hari ni Mya nak kongsi resepi kuah sos lada hitam yang selalu Mya buat.
Resepi asas yang sangat senang untuk dijadikan sebagai sos untuk chicken chop atau apa saja juadah pilihan anda.
*gambar ehsan pakcik google. dah lama tak buat* |
Bahan:
2 sudu makan Mentega
2 sudu makan Tepung Gandum
1 biji bawang merah (cincang)
Lada Hitam (Secukup rasa)
2 cawan Air
Cendawan *optional*
Garam/Gula
Kicap
Stok/Kiub ayam
Cara
Cairkan mentega
Tumis bawang hingga naik bau.
Masukkan tepung, kacau
Letakkan lada hitam *ikut tahap kepedasan*
Masukkan air *jika nak cair, masukkan lebih*
Masukkan kicap *ikut kepekatan warna yang dimahukan*
Masukkan kiub ayam dan cendawan
Laraskan rasa dengan garam dan gula
boleh try ni.. thanks Mya
ReplyDeletesedapnya. busyra mmg suka sos blackpper. nnti nak try buat sndri la. before ni asyik beli ja
ReplyDelete