Day 5 : Book Review
Assalamualaikum w.b.t
Hai semua
Untuk cabaran hari kelima ni, Mya nak review satu buku yang sebenarnya dah agak lama di pasaran . First time kenal buku ni melalui kawan baik Mya iaitu Mr. Z
*lebih kepada ternampak dalam kereta and tertarik kepada tajuknya*.
Nama Buku : S.M.I.L.E
Penulis : Irma Hasmie & Zamri Mohamad
Tahun Penerbitan : 2012
Syarikat Penerbitan : PTS Milennia
Review:
Buku ini menghimpunkan beberapa kisah dari zaman milenia ini untuk dijadikan sebagai inspirasi kepada setiap golongan masyarakat; yang mentarbiah , yang ditarbiah , yang mendengar , yang melihat dan yang berbicara .
Kisah-kisah yang ditampilkan di dalam buku ini ditulis dengan gaya bersahaja bagi memudahkan pembaca menerima dan memahami apa yang cuba disampaikan oleh Irma dan Zamri sendiri. Nota Irma di bahagian penutup membantu pembaca membuat kesimpulan dari kisah yang diceritakan .
Apa yang menarik adalah buku ini turut menyelitkan halaman kit tindakan selepas setiap kisah , sebagai dorongan .
Buku ini merupakan salah satu dari buku motivasi kesukaan Mya sebenarnya . Tidak pasti sama ada buku ini masih lagi diterbitkan di pasaran atau tidak . Tetapi , jika masih ada , tidak rugi untuk memilikinya .
Comments
Post a Comment