Supermoon kembali 14 November 2016
Assalamualaikum w.b.t
Hai semua
Apa itu supermoon?
Supermoon adalah satu fenomena alam yang mana kedudukan bulan purnama berada pada jarak paling dekat di dalam pusingan orbitnya. Fenomena ini juga turut dikenali sebagai perigee-sygyzy;
perigee = jarak terdekat antara bulan dan bumi , sygyzy = kedudukan selari bulan - bumi - matahari.
Bagaimana Supermoon terjadi?
Ada juga yang bertanya, apa yang dimaksudkan dengan jarak terdekat? Memandangkan Mya bukan pakar dari bidang astrological, Mya akan tunjukkan gambar yang Mya pinjam dari pakcik Google ni.
Orbit bulan berbentuk eklips atau bujur. Jadi, ada satu ketika di mana kedudukannya lebih dekat dari kebiasaan. Kedudukan terdekat ini digelar sebagai Perigee , manakala kedudukan terjauh pula digelar sebagai Apogee. Ketika perigee inilah kejadian Supermoon akan terjadi.
Kesan Supermoon ?
Memandangkan pergerakan bulan ada mendatangkan kesan ke atas bumi, seperti pasang surut air laut dan sebagainya, ada yang berpendapat bahawa akan terjadi beberapa bencana alam besar seiring fenomena ini.
Namun, pendapat ini masih tidak diterima pakai kerana para pengkaji alam masih belum menemui sebarang perkaitan antara Supermon dan mana-mana bencana alam besar yang pernah terjadi.
Secara ringkas, bulan akan kelihatan lebih besar dan lebih terang berbanding kebiasaannya.
So, just enjoy your view!
Supermoon of June 23, 2013 at Umaid Bhawan Palace, India Source : WIKIPEDIA |
p/s: Supermoon akan lebih kelihatan jika awak berada di tempat yang gelap dan tinggi.
Wish my place tak banyak lampu jalan. *hujanhujanmukasedih*
Wah!! Malam esok ye.. Tempat saya tinggi.. Harapnya boleh lihat..
ReplyDeleteTak sabar nak tunggu malam esok ;)
ReplyDeleteWah info yg menarikkk
ReplyDelete