Review Buku : Think Positive & Things Will Go Right

Assalamualaikum w.b.t

Salam hujung minggu semua .

Tajuk Buku:
Think positive & Things will go right

Penulis :
A.K. Kamath (2015)

Review :


Buku ini bermula dengan pengenalan mengenai pemikiran dan daya pemikiran itu sendiri. Pemikiran seseorang itu sendiri yang mendatangkan kesan kepada tubuh si pemikir. Jika seseorang berfikir yang baik-baik dan sihat, tubuhnya akan ikut merasakan yang sama.

Pemikiran yang baik bukan sahaja mendatangkan kebaikan kepada pemilik tubuh, malahan orang-orang di sekelilingnya juga. Kuasa pemikiran bukan semata-mata terhad kepada kebolehan berfikir, ianya termasuklah kuasa pemastian. Ini bermaksud, apabila awak berfikir : "Aku boleh buat!", ia perlu diiring dengan kuasa pemastian , iaitu "Aku memang boleh buat!". 

Buku ini banyak mengajar bagaimana mengubah negative thinking kepada positif dan seterusnya , kesan kepada kesihatan dan orang di sekeliling yang Mya kira sebenarnya lebih terkesan berbanding pemikiran itu sendiri.

"You've got to get up every morning with determination 
if you're going to go to bed with satisfaction." 
- George Horace Lorimer.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bercuti ke Kuala Lumpur lebih menarik dengan Scoot!

Seleksi makanan Food Truck di sekitar Kuala Lumpur

Cannis: Virtual World to tops Nasdaq in reality