Posts

Comelnya Nursing Room di iOi City Mall, Putrajaya

Image
Sejak dah naik pangkat jadi mak-mak ni, benda pertama yang aku cari bila masuk mana-mana mall adalah nursing room dulu. Bagi aku, paling mudah nak cari nursing room bila masuk AEON Mall sebab mereka memang akan muatkan bilik khas dalam bahagian bayi dan kanak-kanak. Tetapi, dalam banyak-banyak negeri, sememangnya bahagian Lembah Klanglah paling banyak nursing room. Oh ya, berbalik kepada tajuk asal. Nursing room atau baby room di wing baru iOi City Mall, Putrajaya memang comel sangat. Comel dan tenang Menggunakan warna pastel, pihak iOi City Mall tak menggunakan hiasan sarat pun di dalam bilik serbaguna ni. Kedudukan tempat tukar lampin yang tersusun elok di hadapan barisan sinki pun dah cukup memudahkan dan nampak teratur. Di dalam ruangan ini juga turut disediakan mesin water dispenser bagi ibu bapa yang memerlukan. Ruang yang ringkas tapi luas Bagi ibu-ibu yang mahu menyusukan bayi atau mahu mengepam susu badan secara privasi, di dalam ruangan ini juga turut disediakan bilik-bilik k...

Panduan Buka Buku Pink Untuk Ibu Mengandung

Image
Macam yang ramai tahu, terutamanya yang masih setia mengikuti aku di media sosial, aku dah pun selamat naik pangkat menjadi seorang Mama pada bulan Jun yang lepas. Pangalaman mengandung kali pertama ni memang tak boleh nak dilupakan. Segala-galanya kali pertama. Kali pertama buat UPT sampai tiga kali sebab nak dapatkan kepastian. Kali pertama berulang ke klinik setiap dua minggu. Kali pertama rasa ada yang bergerak dalam perut. Tapi, antara semua kali pertama ni, yang paling penting adalah kali pertama buka buku pink. Proses buka buku pink ni sebenarnya adalah proses mendaftar perkembangan kesihatan ibu dan bayi dengan klinik. Buku Pink atau nama sebenarnya Buku Rekod Kesihatan Ibu ni boleh dibuka di klinik kerajaan atau terus ke klinik atau hospital swasta pilihan korang. Tapi, bagi yang nak buka buku pink di klinik kerajaan atau lebih biasa dipanggil klinik kesihatan, ada beberapa dokumen yang perlu korang sediakan. Bila nak buka buku pink? Buku pink biasanya boleh dibuka sebaik saha...

Rawat anemia di rumah ketika mengandung

Image
Anemia adalah satu masalah yang boleh dianggap biasa dalam kalangan wanita mengandung. Hampir 1 daripada 4 orang dari golongan wanita mengandung akan mengalami masalah ini. Ia dapat dikesan dengan ujian darah, di mana bacaan hemoglobin adalah kurang dari 11g/dl . Para ibu yang mengalami anemia ketika kehamilan juga biasanya akan dibahagikan kepada tiga golongan , iaitu risiko rendah, risiko sederhana dan risiko tinggi. Tapi, sebelum kita bincangkan kaedah dan cara untuk merawat anemia, jom kita ambil tahu punca berlakunya masalah ini dan info lain yang perlu kita tahu sebelum kita mahu merawat sendiri masalah anemia ini di rumah. Anemia atau kurang darah merah yang elok dan baik untuk membawa dan membekalkan oksigen ke seluruh tubuh badan serta kepada bayi di dalam kandungan. Masalah ini berpunca dari kurangnya zat besi untuk menghasilkan lebih banyak sel darah merah demi menyokong tumbesaran kandungan di dalam badan kita. Akibatnya, kita akan mudah berasa penat, pening dan mudah mer...

Aturan untuk keluar mengundi

Image
Baru-baru ni, Suruhanjaya Pilihan Raya sudah pun mengumumkan tarikh untuk semua rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk keluar mengundi, iaitu pada 19 November 2022 . Acara kebangsaan ini akhirnya terjadi selepas usul pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, telah mendapat perkenan daripada Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Pengumuman pembubaran ini telah ditayangkan secara langsung pada 10 Oktober 2022. Banyak suara-suara yang telah menyatakan pendapat masing-masing mengenai pengumuman ini. Sebagai rakyat, inilah masanya semua orang memilih ahli yang betul layak sebagai ketua kawasan masing-masing. Sebelum aku tulis satu persatu mengenai aturan sebelum, semasa dan selepas keluar mengundi, pastikan yang korang dah semak maklumat korang dalam database MySPRSemak terlebih dahulu. Korang cuma perlu masukkan nombor kad pengenalan dan segala maklumat mengenai lokaliti, daerah mengundi, DUN dan Parlimen korang a...

Belanjawan 2023: Intipati Penting

Image
Pada 7 Oktober 2023, Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul Aziz telah membentangkan Belanjawan 2023, yang mana peruntukan kali ini mencecah sehingga RM372.3 bilion berbanding RM332.1 bilion pada tahun 2022. Perbentangan Belanjawan 2023 (Bajet 2023) kali ini disifatkan sebagai 3R: Responsive, Responsible and Reformist. Ayuh kita baca satu persatu.  Bantuan Keluarga Malaysia Sebanyak RM7.8 bilion telah diperuntukkan bagi 8.7 juta penerima Bantuan Keluarga Malaysia yang mana akan diagihkan mengikut kategori kelayakan masing-masing. Satu kategori baharu telah ditambah berbanding Bajet 2022 dimana boleh disemak seperti berikut: Warga emas tanpa pasangan = RM 600 Bantuan kepada ibu/bapa tunggal dinaikkan kepada RM 3,000 Pendapatan seisi rumah kurang RM 2,500 (1 - 4 orang anak) = RM 1,000 - RM 2,000 Pendapatan seisi rumah kurang RM 2,500 (5 orang anak atau lebih) = RM 2,500 Pendapatan antara RM 2,500 - RM 5,000 = RM 500 - RM 1,250 (bergantung kepada bilangan anak) Subsidi Bil Elektrik...