Posts

[LIRIK] Puas Sudah - Aina Abdul

Image
Apa yang engkau rasa Apa yang ku rasa Sakit ini mencengkam tiada penghujungnya  Namun apa dayaku sebagai seorang hamba  Hilangkah kasih sayang darimu Puas sudah ku mencoba untuk merelakan semua Habis terbelah didada kutersenyum jua Pintaku hanya utk kau setia kepada permata permata yang kau jaga Apakah kau percaya pada ikrar cinta? Janji setia semata yang engkau lafazkan Namun apa dayaku sebagai seorang hamba Pada cinta yang kabur masa depannya Puas sudah ku mencoba untuk merelakan semua Habis terbelah didada kutersenyum jua Pintaku hanya utk kau setia kepada permata permata yang kau jaga Semua derita, sudah tercipta Yang tinggal hanya sebuah kenangan Puas sudah aku berdiam sahaja Namun hati ini perlu teguh untuk cahaya mataku, uwuuuu Puas sudah ku mencoba untuk merelakan semua Habis terbelah didada kutersenyum jua Pintaku hanya utk kau setia kepada permata permata yang kau jaga Puas sudah aku berjuang untuk ku merelakan semua Pintaku hanyalah kau setia pada,  Hanya cinta...

Emas dalam adat Melayu: Cincin merisik, tunang dan nikah

Image
Hai semua. Memandangkan kita sudah semakin hampir kepada penghujung 2024, makanya musim kenduri sudah semakin tiba. Ramilah yang akan mengadakan pelbagai jenis kenduri, termasuklah majlis aqiqah, majlis perkahwinan, majlis pertunangan dan sebagainya yang lain. Tapi, untuk topik kali ni, aku nak ajak berborak mengenai emas dalam adat Melayu. Ya, dari upacara merisik hinggalah ke akad nikah, adat Melayu selalunya menggunakan emas sebagai tanda. Dalam adat Melayu kita, untuk sesebuah hubungan itu menuju ke arah perkahwinan, beberapa upacara biasanya dijalankan. Upacara -upacara itu adalah: merisik, meminang dan menikah. Sinonim bagi setiap upacara ini adalah emas, di mana dalam setiap upacara ini, pihak lelaki akan memberi cincin emas kepada pihak perempuan. Seringkali itu jugalah aku ditanya oleh kawan- kawan yang masih bujang, apakah jenis cincin yang sesuai untuk setiap upacara? Jadi, dalam entry kali ni, aku nak tunjukkan beberapa jenis cincin yang sesuai digunakan. Upacara merisik Up...

Yang mana antara 30 lagu akan mara ke Anugerah Juara Lagu ke-39?

Image
Hai semua. Minggu lepas, secara rasminya, senarai 30 buah lagu yang akan bertanding di pentas separuh akhir Muzik Muzik 39 telah pun diumumkan. Acara muzikal rasmi tahunan ini akan dijalankan secara langsung dari Studio Glenmarie, Shah Alam pada 14 dan 15 November 2024 ini. Saingan semakin sengit. Yang manakah antara 30 lagu ini yang akan mara ke pentas Anugerah Juara Lagu 39 nanti?  Secara jujurnya, aku tak pernah sempat mengikuti episod mingguan Muzik Muzik yang ditayangkan di TV3, setiap hari Ahad, jam 12.20 tengah hari. Jadinya, aku agak excited jugak la bila senarai 30 lagu ni keluar. Aku akui, ada lagu yang aku biasa dengar, dan ada juga lagu yang aku kurang familiar. Apa -apapun, inilah senarai 30 lagu yang mara ke Separuh Akhir Muzik Muzik 39. Senarai 30 lagu yang layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik 39 ILU - Aepul Roza OMK - Ezra Kairo & Zubir Khan Aura -  Ernie Zakri Tangis - Nabila Razali Risiko - Benzooloo, Ghidd, Meerfly, Tuju & MK K-clique Gelora - Us...

Resepi Mudah Sundubu Jjigae

Image
Hai semua. Ada tak antara korang yang suka makan makanan dari Korea Selatan macam aku? I have to admit yang aku paling suka makan jjigae. Tak kisahlah jjigae apa. Aku pernah cuba masak resepi sundubu jjigae sebelum ni. Tapi bila aku ikut resepi tu, macam ada yang tak kena. Tapi! Akhirnya aku dah jumpa resepi mudah yang memang confirm korang rasa macam boleh ulang masak sendiri je banyak kali lepas ni. So, jom aku kongsikan resepi mudah untuk memasak Sundubu Jjigae ni. First, jom tengok senarai bahan yang diperlukan. Resepi ni pun tak perlu menggunakan gochujang tau, which bagi aku rugi untuk dibeli sebab bukan selalu pun mood nak makan makanan Korea tu datang kan? Lainlah kalau memang pakai hari-hari. Bahan-bahannya adalah:  1/4 Bawang Holland  Green Onion  Daging Kisar  3 sudu Serbuk cili  2 cawan Air  2 sudu Bawang Putih Kisar  3 sudu Kicap Masin  2 sudu Sos ikan  Cendawan  2 Ketul Taufu Lembut  Telur  Black Pepper & Cili...

Anugerah Bintang Popular sah milik Bell Ngasri

Image
Laungan 'Yak Yak Yeah' megah bergema di dalam dewan Istana Budaya malam tadi selepas Bell Ngasri, yang kini juga mesra disapa dengan watak lakonannya, Barkoba, dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular sempena Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35). Bell Ngasri, atau nama sebenarnya, Nasrizal Ngasri menyatakan kesyukuran ke hadrat Ilahi serta ucapan terima kasih kepada keluarganya yang sentiasa menjadi tulang belakangnya selama lebih 37 tahun penglibatannya dalam dunia seni. Kredit: Berita Harian Sejujurnya, kemenangan Bell kali ini sememangnya dinantikan oleh ramai pihak, terutamanya selepas Bell kini terkenal dengan watak Barkoba. Rata-rata pengguna di media sosial memberikan kata-kata semangat dan turut menyatakan sokongan mereka terhadap Bell, di bawah salah satu post terbaru beliau di Instagram yang mana menunjukkan adiknya, Datin Anne Ngasri menerima kurnia Darjah Kesatria Mangku Negara (KMN) daripada Yang di-Pertuan Agong pada hari Khamis lalu. Aku...