Gunung Mercedes, Ipoh
Assalamualaikum w.b.t. Sebenarnya tak ada apa yang istimewa pun dengan entri kali ini. Sekadar satu post peringatan buat diri sendiri yang selalu berlagak terlupa dengan asal usul sendiri. Actually, bukan sengaja terlupa. Tapi mungkin juga faktor usia ataupun peredaran masa yang semakin laju. Mana tidaknya, makin hari makin banyak benda baru yang diperkenal. Macam kes Gunung Mercedes ni. Jangankan Mya. Mungkin ramai je orang Ipoh yang sudah terlupa. Apatah lagi adik-adik yang lahir pada tahun 2005 dan ke atas. Jelas mereka lagi tidak tahu pasal Gunung Mercedes ni. Gunung Mercedes atau nama lainnya, Gunung Sam Poh Tong ini sebenarnya menempatkan kuil buddha tertua dan paling terkenal dalam negeri Perak ni. Dibina pada tahun 1912 oleh komuniti Buddha yang tinggal di sekitar kawasan bukit batu kapur ini, kedudukan betul-betul terletak di tengah antara Simpang Pulai dan Ipoh. Tetapi, apa agaknya punca atau sebab sehingga bukit ini pernah dikenali sebagai Gunung Mercedes? Mya pun hampir ...