Posts

Showing posts from August, 2017

[Review] The Hitman's Bodyguard

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Lama tak update, kan? Sebenarnya, bukan Mya sengaja tak nak update blog kesayangan Mya ni. Tapi, disebabkan Mya sekarang berada di luar bandar atas urusan kerja, terpaksalah tangguhkan niat nak menulis ni. Tapi, hati ni tak sabar sangat rasanya nak berkongsi mengenai filem terbaru lakonan Ryan Reynold dan Samuel L. Jackson iaitu The Hitman’s Bodyguard. Dari tajuk pun kita dah boleh agak genre filem ni macam mana. Tapi, jangan risau. Walaupun rate filem ni untuk 18 tahun ke atas, filem The Hitman's Bodyguard ni taklah seserius mana. Malah, siap diselitkan dengan beberapa mesej pendek yang agak penting dan berguna. The Hitman's Bodyguard Sejujurnya, jalan cerita filem ni sangat mudah dan senang nak faham. Tak ada terbelit kat mana-mana pun. Malah, ada antara pengkritik barat yang berpendapat filem ini terlalu cliche  dan mudah. Tapi, bagi Mya, watak Kincaid dan Bryce yang dibawakan Samuel L. Jackson dan Ryan Reynold masing-masingnya ada ...

Annabelle Creation : Permulaan kisah anak patung berpuaka

Image
Assalamualaikum w.b.t. Seperti dijanjikan, Mya nak kongsi sikit review Mya dan kawan baik Mya untuk filem terbaru dalam siri Annabelle/Conjuring iaitu Annabelle Creation yang baru keluar 11 Ogos lepas. Kepada sesiapa yang tak pernah tengok pun siri The Conjuring ni, maybe esok Mya akan keluarkan satu entry khas untuk terangkan satu persatu perjalanan cerita, termasuklah asal-usul siri ni. Sekarang ni kita cerita pasal Annabelle Creation ni dulu. Annabelle Creation : Permulaan kisah anak patung berpuaka Betullah tagline yang dipilih oleh kru produksi filem ni: You don't know the real story . Banyak sangat spekulasi yang wujud kan daripada mula-mula patung Annabelle ni diperkenalkan dalam filem The Conjuring 2 dulu? Roh itu lah, roh ini lah. Jadi, filem kali ni menjelaskan dengan sejelas-jelasnya siapa dan bagaimana kisah Annabelle ini bermula.  To be honest, Mya bukan peminat filem seram. Jadinya, through the whole movie , Mya banyak tutup sebelah mata. Tapi, jangan risau...

Program Kembara Jom Jimat Elektrik SMK Telok Panglima Garang

Image
TELOK PANGLIMA GARANG , 27 JULAI 2017 – Seramai 26 orang pelajar dan 3 guru pembimbing dari SMK Telok Panglima Garang (SMKTPG), Kuala Langat, Selangor telah berkunjung ke Taman Seri Medan yang terletak di Telok Panglima Garang untuk menjalankan program Kembara Jom Jimat Elektrik sempena pertandingan Toyota Eco Youth   (TEY) 2017 .  SMKTPG dipilih mewakili negeri Selangor dalam program tersebut di peringkat kebangsaan. Kumpulan pelajar dari SMKTPG yang dikenali sebagai Team Eco Panglima ini telah menjalankan program Kembara Jom Jimat elektrik selama 3 bulan.  Team Eco Panglima bersama guru pembimbing,  Pn. Norazimah yang berdiri dua dari kanan Meningkatkan kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan menjimatkan elektrik Tujuan program Kembara Jom Jimat Elektrik ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk Taman Seri Medan tentang kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. Kesan penggunaan elektrik yang berlebihan ...

Bad Genius: filem wajib tonton

Image
Assalamualaikum w.b.t. Atas permintaan beberapa kawan dan kenalan, Mya hari ni nak ambil sedikit masa untuk review dua buah filem yang baru saje keluar, iaitu Annabelle Creation dan Bad Genius. Mya akan mulakan dulu dengan Bad Genius yang mendapat rating tinggi di mana-mana laman review filem. Filem bergenre thriller ni berasal dari Thailand dan telah disempurnakan di bawah arahan pengarah Nattawut Poonpiriya. Thanks to my partner yang teman pergi tengok semalam walaupun dia penat.  Bad Genius (2017) Filem Bad Genius ni sememangnya keluar dari genre biasa yang selalunya melibatkan pelajar sekolah. Mya memang salute dengan barisan pelakon yang kru filem ni pilih. Sangat sesuai dan kena dengan watak. Sebagai permulaan, watak Lynn yang dibawa Chutimon Chuengcharoensukying sememangnya diperkenalkan sebagai seorang genius yang biasa kita tengok dalam televisyen. Bercermin mata, boleh menyelesaikan soalan matematik dengan mengintai hujung mata dan semestinya, mempunyai kawan y...

Projek Food Hunting di Melaka dan Johor

Image
Assalamualaikum w.b.t. Mungkin ada antara awak yang sudah sedia tahu mengenai projek food hunting yang Mya dan kawan-kawan baik Mya dah sempurnakan semasa hujung minggu lepas. Tapi, bagi yang belum tahu, Mya sebenarnya baru sahaja selesai menjelajah dua negeri di selatan tanah air untuk mencari makanan-makanan yang boleh dikira viral dalam kalangan penduduk setempat di Melaka dan beberapa daerah dalam negeri Johor. Nak tahu makanan apa yang dah Mya cuba di Melaka dan Johor? Jom kita mulakan pengembaraan masa kita. Klebang Original Coconut Shake, Klebang, Melaka Klebang Original Coconut Shake ni memang terkenal sangat. Semua orang pun mesti pernah dengar pasal coconut shake kat Klebang ni walaupun tak pernah sampai kat sini. Memang beratur panjang bila nak beli minuman ni. Dahlah badan tengah panas sebab pergi meredah Padang Pasir Klebang *buat hal* Tiba-tiba dapat minum coconut shake sejukkkkk je. Memang puas hati dan rasa macam tak cukup. Sebekas pun taklah mahal mana kalau nak...

Kod asas HTML : Kotak Jadual

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hari ni Mya nak berkongsi beberapa kod asas HTML yang boleh membantu menjadikan entri kita nampak lebih kemas. Mungkin ada yang dah tahu. Tapi, memandangkan masih ada antara rakan blogger yang bertanya, Mya buatkan juga entri ni supaya nampak lebih jelas. Manalah tahu, di masa akan datang, akan ada kegunaan lain juga. Kod asas HTML ni termasuklah kotak jadual. Jika ada kod HTML lain yang awak nak belajar, boleh tinggalkan komen. Jom kita mulakan kelas sekarang. Jangan main instagram kat belakang ye. Kod asas HTML - Jadual Mya nak mulakan dengan kod kotak jadual kerana ia agak tricky bagi awak yang tak biasa dengan kod HTML. Kalau awak refer kepada mana-mana website, awak akan perasan yang setiap satunya akan sedikit berbeza. Sebagai permulaan, kotak jadual boleh dibuat di dalam HTML dengan gunakan tag <table>.  Mari kita main cuba-cuba. Masukkan kod seperti di bawah. Awak akan dapat hasil seperti dalam gambar kedua apabila awak kembali ke ...

Bakso RM2 hanya di Rakshee Cafe, Setiawangsa

Image
Assalamualaikum w.b.t. Bila hari jumaat macam ni, mulalah mood nak buat kerja ke laut kan? Walaupun tahu senarai kerja yang nak dibuat dah boleh cecah lantai, mood nak berhujung minggu tu lagi kuat. Tapi sekarang, Mya nak share pasal satu kafe di Setiawangsa yang menjual bakso dengan harga hanya RM 2.00 sebekas. Mana nak dapat bakso dengan harga RM 2.00 kan? Tapi, memang ada dijual di Rakshee Cafe, Setiawangsa. Rakshee Cafe, Setiawangsa | Menu Gabungan rasa tradisional dan moden di Rakshee Cafe, Setiawangsa Rakshee Cafe, Setiawangsa | Interior First time Mya datang ke sini sebab ada jamuan hari raya yang company tempat Mya bekerja anjurkan. Environment kat sini pun sangat comfortable. Mungkin sebab deco dalam kafe ni yang simple dan minimal makes me feel at home at once. Dapat geng, apa lagi tunggu? Terus ajak repeat makan kat Rakshee Cafe ni. Rakshee Cafe, Setiawangsa | Soto Bakso Kalau awak biasa makan boat noodle, mungkin awak boleh ubah selera kepada bakso. Cara ...

[LYRICS] True Colors - Justin Timberlake ft Anna Kendrick (Trolls OST)

Image
Lyrics True Colors - Justin Timberlake ft Anna Kendrick (Trolls OST) Lyrics True Colors - Justin Timberlake ft Anna Kendrick / Lyrics True Colors - Justin Timberlake ft Anna Kendrick You with the sad eyes Don't be discouraged, oh I realize It's hard to take courage In a world full of people You can lose sight of it all The darkness inside you Can make you feel so small Show me a smile then Don't be unhappy Can't remember when I last saw you laughing This world makes you crazy And you've taken all you Can bear Just, call me up 'Cause I will always be there And I see your true colors Shining through I see your true colors And that's why I love you So don't be afraid to let them show Your true colors True colors are beautiful I see your true colors Shining through (true colors) I see your true colors And that's why I love you So don't be afraid to let them show Your true colors ...

Resepi Sotong Goreng Kunyit Cili Padi

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Resepi yang Mya nak share hari ni simple je sebenarnya. Almaklumlah, orang bujang la katakan. Masak pun untuk makan sendiri je. Sotong tu pun kebetulan Mya beli buat simpanan kalau-kalau mood nak makan seafood muncul tiba-tiba. Fikir punya fikir, terasa nak makan Sotong Goreng Kunyit Cili Padi pulak. Jadinya, Mya geledah dapur, tengok bahan-bahan yang ada cukup ke tidak. Taraa... maka siaplah Sotong Goreng Kunyit Cili Padi cara Mya. Resepi Sotong Goreng Kunyit Cili Padi Resepi Sotong Goreng Kunyit Cili Padi Bahan-bahan: Sotong Minyak (dua sudu besar) Bawang kecil Bawang putih Cili Padi (sesuka hati) Sos tiram Air (untuk kuah) Gula / Garam / MSG  Cara Memasak: Bersihkan sotong dan perapkan dengan kunyit dan garam secukupnya. Biarkan sekejap sementara memotong bawang dan cili padi. Untuk lebih rasa, potongkan cili padi secara menyerong.  Panaskan minyak dan tumiskan bawang sehingga naik bau. Masukkan sedikit s...

Cara buat borang online dengan Google Forms

Image
Assalamualaikum w.b.t. Entah macam mana, pagi ni rasa nak share pulak cara buat boreng online guna Google Forms. Siapa je yang tak biasa isi survey atau questionaires secara online kan? Tapi, masih ramai lagi yang masih belum mahir menggunakan Google Forms ni dengan baik. Tak perlu risau, tak perlu khuatir. Mya akan tunjuk cara menggunakannya bermula dari laman hadapan hinggalah kepada cara muat turun jawapan atau respon yang sudah dikumpulkan. Cara buat borang online dengan Google Forms Google Forms Pertama sekali mestilah kena pergi ke page Google Forms. Awak boleh taip je Google Forms kat enjin carian. Klik link yang atas sekali dalam list hasil carian tu. Nanti, awak akan dibawa ke laman pertama macam yang ditunjukkan di atas ni. Klik saja pada 'Go to Google Forms'. Template dalam Google Forms Pilihan macam di atas ni akan ditunjukkan di bahagian atas laman selepas awak klik  'Go to Google Forms'. Boleh pilih template  sedia ada  dari Template Galler...