Biskut raya yang paling dinanti
Siapa kat sini yang masih bermood raya? Of courselah. Raya kan sebulan. Dah masuk kerja pun Mya masih bermood raya ni. Bukan apa. Biskut raya yang paling dinanti setiap tahun masih tak sampai ke dalam perut ni. Amboi Mya. Beria-ia sangat ni. Sebab sejenis biskut raya je sampai buat entri. Mestilah. Sebab biskut raya yang paling dinanti ni hanya makcik Mya je boleh buat kena dengan tekak Mya dan ayah. Biskut apa? Biskut Makmur nama dia. biskut raya yang paling dinanti | sumber gambar : google Biskut raya yang paling dinanti : Biskut Makmur Setakat biskut makmur, kat mana-mana pun ada dijual, kan? Tapi, tak akan pernah sama resepi tradisional dan resepi yang dah divariasikan. Bentuk biskut makmur pun dah berubah. Ada yang bujurlah, bentuk daunlah dan bentuk macam-macam lagi. Siap ada yang variasikan rasa lagi tu. Mya pernah jumpa yang berperisa pandan *airmataku menitis di pipi* Tak salah pun nak variasikan rasa dan rupa. Cuma nilai tradisional tu dah tak ada. Mya sukaka...