Comelnya Nursing Room di iOi City Mall, Putrajaya
Sejak dah naik pangkat jadi mak-mak ni, benda pertama yang aku cari bila masuk mana-mana mall adalah nursing room dulu. Bagi aku, paling mudah nak cari nursing room bila masuk AEON Mall sebab mereka memang akan muatkan bilik khas dalam bahagian bayi dan kanak-kanak. Tetapi, dalam banyak-banyak negeri, sememangnya bahagian Lembah Klanglah paling banyak nursing room. Oh ya, berbalik kepada tajuk asal. Nursing room atau baby room di wing baru iOi City Mall, Putrajaya memang comel sangat. Comel dan tenang Menggunakan warna pastel, pihak iOi City Mall tak menggunakan hiasan sarat pun di dalam bilik serbaguna ni. Kedudukan tempat tukar lampin yang tersusun elok di hadapan barisan sinki pun dah cukup memudahkan dan nampak teratur. Di dalam ruangan ini juga turut disediakan mesin water dispenser bagi ibu bapa yang memerlukan. Ruang yang ringkas tapi luas Bagi ibu-ibu yang mahu menyusukan bayi atau mahu mengepam susu badan secara privasi, di dalam ruangan ini juga turut disediakan bilik-bilik k