Merisik vs Meminang vs Bertunang : Adat atau Bajet?
Assalamualaikum w.b.t. Tahun ini memang banyak sangat Mya dengar mengenai pertunangan dan perkahwinan. Dan di kesempatan ini juga Mya nak ucapkan selamat dan tahniah kepada semua teman-teman dan sahabat-sahabat yang sudah dan bakal mendirikan rumah tangga dalam tahun 2020 ini. Tetapi, dalam persediaan ini, sempat mereka bertanya kepada Mya, sama ada upacara merisik, meminang ataupun bertunang adalah perlu dilakukan? Jika perlu, bagaimana pula caranya untuk mengurangkan bajet semasa upacara?
Sebelum kita berborak lebih jauh mengenai keperluan untuk menjalankan salah satu daripada tiga upacara ini, Mya nak berkongsi sedikit info mengenai upacara merisik, meminang dan bertunang terlebih dahulu. Mya sendiri pun bukanlah pandai sangat. Sekadar hasil daripada bahan carian sebab Mya sendiri insya-Allah bakal mengalami perkara sebegini. Doa-doakan ye.
Merisik
Belajar dari adat Melayu lama, merisik adalah satu upacara di mana si lelaki menghantar wakil daripada orang-orang dipercayai untuk mengambil tahu status si gadis yang diminati. Tapi, pada zaman kita ini, di mana lelaki dan perempuan sudahpun berkenal dan berkawan, merisik ini lebih kepada suatu upacara bagi menandakan hubungan antara lelaki dan si gadis naik setapak lebih serius. Ketika inilah pihak lelaki dan pihak perempuan akan berkenal-kenalan sebelum si gadis dipinang seterusnya. Oh ya. Biasanya ketika ini sebentuk cincin akan dibawa sebagai tanda risikan.
Meminang
Di sinilah selalunya berlaku kekeliruan. Ramai yang bertanya apa bezanya meminang dan bertunang. Bukankah bertunang itu meminang? Let me help you set these things clear. Dari adat lama, meminang dan bertunang adalah dua upacara berbeza. Pihak lelaki akan menghantar rombongan meminang selepas selesai upacara merisik dan pihak lelaki pasti si gadis tidak terikat dengan sesiapa. Ketika ini, kedua-dua pihak akan berbincang mengenai tarikh pertunangan, jumlah hantaran pertunangan, termasuk apa yang perlu dibawa ketika majlis bertunang.
Bertunang
Hari ini, kalau dilihat, majlis pertunangan juga disambut dengan meriah, seakan-akan majlis nikah mahupun majlis resepsi itu sendiri. Sangat berbeza dengan suasana pada zaman melayu lama di mana majlis diadakan tertutup antara ahli keluarga si gadis dan rombongan yang datang bagi pihak lelaki sahaja. Kenduri semasa majlis bertunang biasanya dilihat dilakukan oleh mereka dari golongan senang.
Tapi, kemeriahan untuk majlis bertunang ni memang susah nak disangkal. Mya paling suka tengok gubahan hantaran yang pelbagai warna dan rekaan tu. Dulu pernah jugak Mya tolong mama Mya gubah hantaran. Reka bentuk katil dengan sejadahlah, buat candy houselah and macam-macam lagi. Tapi sekarang, gubahan hantaran lagilah meriah. Ada yang guna bunga segar, bunga berwarna-warni. Seronok je Mya mencuci mata.
Utamakan adat atau bajet?
Berbalik kepada topik asal, perlu ke ketiga-tiga upacara ini dijalankan? Well, dari segi adat, memang ibu bapa kita akan lebih memilih untuk melakukannya. Tetapi, tidak bermakna kita tidak boleh mengelak dari menjalankannya. Sebagai anak, untuk memujuk ibu bapa kita dalam mengelak tiga majlis yang diharuskan agama ini, kita boleh ‘membentangkan’ alasan yanng bersesuaian. Dalam kes Mya sendiri, I told my parents yang Mya nak kurangkan perbelanjaan menuju ke fasa seterusnya. Dan memandangkan kes kami yang dah kenal dan been bestfriend for more than 7 years, kami memang cuba menjimatkan masa dan bajet dengan mengeluarkan upacara merisik dan meminang dari ‘to-do-list’. Other than that, Mya selalu merasakan yang tempoh pertunangan kurang 3 bulan adalah sangat singkat dan adalah lebih baik jika terus dijalankan upacara pernikahan. But, judge me not, masing-masing ada pendapat tersendiri.
What?! Parents tetap nak jalankan upacara merisik, meminang dan bertunanglah. Macam mana nak stay in budget? Okey. Untuk kes macam ni, Mya ada beberapa suggestion. Pertama, korang kena pastikan jumlah tetamu. Then, tetapkan menu. Biasanya, upacara-upacara ini dijalankan sama ada sebelum waktu makan tengah hari ataupun menjelang waktu minum petang. Jadi, pilih menu mudah seperti bihun goreng ataupun mi sup dengan beberapa pemanis mulut sebagai hidangan buat tetamu. Kalau mahu menyediakan pelamin, awak boleh cari pelamin murah yang boleh dipercayai atau tiru design pelamin simple dan DIY sendiri. Satu syarat jika DIY sendiri ialah, pastikan expense bagi barangan DIY tersebut tidak lebih 70% dari harga sewaan pelamin di pasaran.
Hantaran antara kedua-dua pihak pun tidak semestinya barangan berjenama. Pendek kata, terutama bagi yang pendek macam Mya, ukur baju di badan sendiri. Yang mahal-mahal tu, kita tunggu lepas fasa stabil selepas bernikah. Kalau Mya macam mana? For a foodie like me, salah soalanlah. Mestilah Mya lagi prefer kalau dulang hantaran dipenuhi dengan makanan. Then, pegang perut buncit sambil tanya: ‘bila nak kurus?’.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletebetul... dulu tgk anak dara sidai baju, kacau2, anak dara lari masuk rumah. skrg ni, bercinta pun bertahun. tak kan la tak kenal lagi kann?
ReplyDelete