5 Cara Jimatkan Ruang di dalam Bagasi
Assalamualaikum w.b.t. Musim cuti sekolah dah makin hampir. Jadinya, pada masa inilah ibu bapa ramai yang dah mula merancang untuk bawa anak-anak pergi bercuti. Musim wabak Covid-19 ni pun rasanya tak membatalkan niat yang sedia dirancang dari awal. Nevertheless, kita masih boleh bercuti di dalam negara kita sendiri. Tapi, setiap kali nak pergi bercuti je, mesti kita akan hadap masalah nak kemas barang. Jadi, kat sini Mya nak senaraikan 5 cara untuk menjimatkan ruang di dalam bagasi korang yang besar tu.
Gulung, jangan lipat
Benda ni banyak orang anggap remeh dan mudah. Tapi, kalau diamalkan, serius memang terbaik. Percayalah. Bila korang lipat, lebih banyak ruang yang dipakai kalau nak dibandingkan dengan menggulung. Sekadar lipat pakaian hujung ke hujung, lepas tu gulung. Which sebaiknya diamalkan bersama tips seterusnya.
Pack barang kecil dalam barang lebih besar
Bila dah menggulung tu, elok juga kalau disekalikan barang yang kecil dengan barang yang lebih besar. Contohnya, sumbatkan stoking dalam poket seluar atau boleh cuba gulungkan baju sekali dengan seluar. Lagi baik kalau digulungkan sekali pakaian untuk seharian. Kan lagi teratur dan tersusun. Tak payah susah-susah nak fikir baju mana nak dipadankan dengan seluar mana masa bercuti nanti.
Pakai pakaian yang berat atau tebal
Tips yang ni khas untuk mereka yang melancong ke negara dengan suhu lebih rendah. Memandangkan sekarang tengah musim penularan wabak Covid-19, tips ini boleh dibawa ke masa hadapan. Katakanlah... korang nak melancong ke negara yang memerlukan korang memakai baju sejuk, korang pakai sajalah baju sejuk itu ketika check in hinggalah check out di destinasi pilihan korang tu. Selain menjimatkan ruang di dalam bagasi, korang juga dapat menjimatkan kos bagi berat bagasi ketika menaiki kapal terbang. Tak ke bagus tips ni?
Guna bagasi lembut
Mya tahu, kalau sebut bagasi lembut, semua tahu bagasi macam mana yang Mya maksudkan. Dan Mya yakin, ramai tahu yang bagasi lembut boleh menyimpan lebih banyak barang kalau hendak dibandingkan dengan bagasi keras yang tidak boleh dikembangkan lagi. Bukan Mya bermaksud hendak menambahkan beban dengan bagasi yang extendable ni. Tapi, dari pengalaman Mya sendiri, bagasi lembut terasa lebih ringan daripada bagasi keras walaupun diisi dengan barangan yang sama. Another point added is, bila guna bagasi lembut ni, bolehlah diselit-selit barangan kecil seperti barangan keperluan dan sebagainya.
Jangan pack last minute
Haa, ni tips paling last, tapi paling penting sekali. Jangan pernah kemas barang last minute. Ini memang perangai kebanyakan traveler. Termasuklah Mya sendiri. Lepas tu, mulalah main sumbat je apa yang ada depan mata. Yang tak perlu, dibawa. Yang wajib ada, tertinggal pulak. Dah menyusahkan sebab bawak barang tak perlu. Sudahnya, menjadi bebanan fizikal dan emosi. Haa, gituu...
Anyway, dalam musim penyakit yang mudah merebak ni, jaga kesihatan dengan baik. Pack ubat-ubatan dan apa jua keperluan kesihatan yang lain secukupnya. Bercuti tu, bercuti juga. Pastikan rehat masih cukup. Kurangkan rancangan dalam itinerary dan nikmatilah pemandangan dengan sebaiknya. Kerana yang mudah itu biasanya lebih bermakna dan lebih baik. Bawa topeng muka kalau perlu, okey? See you next entry. Roger and Out.
Comments
Post a Comment