Perintah Sekatan Pergerakan vs Lockdown : Perbezaan dan Implementasi
Assalamualaikum w.b.t. Sebenarnya, walaupun selepas pengumuman rasmi oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin beberapa kali pun, Mya tahu ramai yang masih keliru perbezaan antara Perintah Sekatan Pergerakan (Restrict Movement Order/RMO) dengan Perintah Berkurung (Lockdown Order/LO). Ramai juga yang masih tertanya-tanya sama ada mereka boleh keluar selama RMO ini berkuatkuasa, iaitu mulai 18 Mac sehingga 31 Mac nanti. Jadi, dikesempatan ini, Mya nak bantu awak semua faham beza antara RMO dan LO, supaya dapat membantu mengurangkan keresahan awak semua yang berada di dalam dan di luar negara. Sehingga jam 5 petang semalam, Malaysia mencatatkan jumlah keseluruhan sebanyak 1030 kes dengan 87 kes pulih dan 940 kes masih mendapatkan rawatan. Manakala, pada sudut lainnya, 9113 kes yang mendapatkan rawatan disahkan negatif dan 3773 kes masih menunggu keputusan. Dan, seperti yang ramai sedia maklum juga, kes jangkitan Covid-19 yang sedang bertambah di Malaysia hari ni, adalah se...