Selamat Hari Ulangtahun Matxi Corp!

Asalamualaikum w.b.t. Dah agak lama sebenarnya Mya menyepi. Bukan sengaja. Tapi memang sibuk terlampau dengan kerja hakiki yang tengah menunggu masa menemui ‘garisan-mati’. Kerja dalam bidang programming ni, macam nilah. Sampai masa dia, memang tak sempat dah nak fikir benda lain yang bukan dalam ‘priority-list’. Anyway, back to our main topic. Semalam sebenarnya Mya sempat hadir ke majlis sambutan ulangtahun kedua Matxi Corp di Plenary Hall, KL Convention Center. Two words: lively and glamorous.


Apakah Matxi Corp?

Matxi Corp adalah sebuah syarikat daripada Vietnam yang bernaung di bawah syarikat MIIC Holdings Sdn Bhd. Ditubuhkan pada awal tahun 2017, Matxi Corp kini memiliki lebih daripada 20,000 pengedar dan agen di seluruh Vietnam dan kini bercita-cita ingin meluaskan empayarnya ke Malaysia, Korea dan Amerika Syarikat. Dengan slogan, ‘Anda berhak memiliki kehidupan yang lebih baik’, Matxi Corp yang kini fokus kepada produk berasaskan kesihatan dan kecantikan bukan sahaja cuba membawa kebaikan kepada pengedar dan pelanggan, malahan kepada komuniti dengan meringankan beban banyak isi rumah dan pusat kebajikan di Vietnam.

Dalam majlis yang berlangsung lewat petang semalam, majlis diserikan dengan persembahan pembukaan bertemakan moden tradisional oleh kumpulan Lifedance yang telah memenangi Asia’s Got Talent tahun ini. For the first time ever, Mya dapat melihat sendiri persembahan ‘Tron-dance’ di depan mata. Majlis diteruskan pula kata-kata aluan daripada pengacara majlis dan ucapan dari CEO bagi keempat-empat negara dan wakil dari MIIC Holdings.


Dalam ucapan daripada wakil MIIC Holdings, Matxi Corp, atau dulunya dikenali sebagai Matxi S. G. kini mengeluarkan tiga rangkaian produk berasaskan kesihatan dan kecantikan, iaitu: Max Health, Max Skincare dan Max1. Dan sebagai variasi, ketiga-tiga rangkaian ini akan dihasilkan daripada herba yang terkenal dalam negara masing-masing (Vietnam, Malaysia, Korea dan USA). Sebagai contoh, produk MaxHealth di Malaysia akan dihasilkan daripada Tongkat Ali. Manakala di Korea, produk mereka akan dihasilkan daripada ginseng. Variasi ini pula akan diimport kepada sesama negara terlibat bagi membolehkan pengguna memilih sendiri khasiat herba pilihan mereka.
Seperti mana majlis ulangtahun yang lainnya, manakan  nak nampak seri kalau tak ada majlis penyampaian hadiah. Betul tak? Pentas diserikan dengan penyampaian anugerah kepada 18 Diamond Distributors yang masing-masingnya memakai baju bertemakan warna perak. Cenggitu bling-blingnya atas pentas. Berpinau mata kakak korang ni. Begitu jugaklah dengan anugerah peringkat seterusnya yang lebih tinggi. Cantik-cantik para pengedar masing-masing dengan dress merah dan hijau mereka.
Weekend goes well. Mya truly feel honored to be part of such an event and truly wishing the best for all party involved. Diharapkan masih tak terlambat untuk Mya ucapkan 'Happy second anniversary to Matxi Corp. Hope that every mission and vision will be accomplished'. 

Comments

Popular posts from this blog

Bercuti ke Kuala Lumpur lebih menarik dengan Scoot!

Seleksi makanan Food Truck di sekitar Kuala Lumpur

Cannis: Virtual World to tops Nasdaq in reality