Berbuka Juadah Melayu di Cosmo Hotel

Assalamualaikum w.b.t. Puasa ke tak tu? Memanjangkan tak lama lagi je dah nak menyambut raya dan kerja Mya ni memelukan input dari pihak user, makanya, hampir setiap harilah Mya berlumba dengan masa untuk berbuka dan kesibukan jalan raya yang tentu-tentunya tak mampu dilawan. Terkadang tu, Mya sampai kat rumah pun betul-betul selepas azan. Jadinya, Mya ambil keputusan mudah untuk berbuka di mana-mana tempat makan yang berdekatan dengan kawasan Dataran Merdeka - Masjid Jamek. Lucky me, I found a buffet worth my appetite and choice in Cafe Mint, Cosmo Hotel. 

Melihat pada deco dalam cafe ini, semestinya awak semua akan berfikir yang sama dengan Mya: buffet dinner selection might be western or fusion meal. Tapi, perut melayuku terus menjerit gembira apabila melihat barisan lauk yang terhidang di depan mata. Nikmatnya melihat siput sedut masak lemak, ayam masak merah, sotong masak kicap, ayam masak rendang, udang masak sambal petai, sayur campur dan aneka kerabu yang elok je menggoda dan memanggil Mya yang baru melangkah masuk ke dalam cafe. 


Mya try to fit all the lauk in one pinggan, tapi mcm melimpah ruah pulak. So end up, Mya ambil mana yang boleh muat dalam satu pinggan, and the others dalam pinggan bersama lemang. Tapi, kalau dah namanya tak biasa dan tak pandai, ambil siput sedut pun tak ada maknanya. Dari sepuluh yang Mya cedok, satu je yang berjaya disebut keluar. Sis is kecewa. Makanya, perhatian dialih kepada udang yg bersaiz dua jari Mya ni. Perut melayu lah katakan. Tangan lagi bersemangat mengutip petai yang ada.

Selesai meratah kerabu dalam pinggan pertama, Mya bangun mengintai ke meja manisan. Mya suka tengok cara kuih pelita dihidang. Agak moden tanpa menggunakan daun pisang, tetapi lebih mudah untuk dibawa. Kek mini dan puding pun ada juga dihidang di sini tau. Bagi awak yang sweet-tooth tu, memang seronoklah kalau ajak keluarga atau kawan-kawan datang ke sini. Dah selesai di meja manisan, Mya beralih pula ke meja buah-buahan. Yang nak makan rojak, ada seksyen buahan siap dipotong bersama kuah rojak. On the other half, ada buah-buahan segar seperti buah naga, langsat dan beberapa yg lain. Mya? Semestinya campuran amra, jambu dan timun dalam kuah rojak. Dramatik tak?


Anyway, bagi yang nak berbuka di sini, maklumlah dalam kalut kejar waktu berbuka tu, hanya RM 88 bagi seorang dewasa untuk semua pilihan makanan yang dah Mya sebut di atas, termasuklah hidangan Nasi Beriani dan Kambing Bakar. Oh ya. Tambahkan juga sate dalam senarai makanan awak bila datang ke Cafe Mint Cosmo Hotel. Jangan risau, awak boleh kembali ke cafe untuk Moreh sebaik selesai solat teraweh di Masjid Jamek yang berada berhampiran. Tempah sekarang di talian +603 2030 1888 atau emelkan ke chkl.ramadan@cosmohotelkl.com . Manalah tahu, ada peluang kita nak berjumpa di Cafe Mint nanti.

Comments

Popular posts from this blog

'The Best Gift' : Hadiah Rain buat isteri

Comelnya Nursing Room di iOi City Mall, Putrajaya

Experimentasi menyelerakan di The Buzz Cafe, Premiere Hotel, Klang