Robot Barista: Tarikan Iftar Ramadhan di Bangi Resort Hotel
Assalamualaikum w.b.t. Dalam sedar tak sedar, tinggal lebih kurang dua minggu saja lgi sebelum kita mula bangun bersahur, berpuasa dan berbuka. Mulalah pening nak bersahur apa dan nak berbuka di mana. Kalau Mya sendiri, Mya akan berbuka di luar sebab tak sempat nak balik masak di rumah. Tahun ni sekali lagi Mya terpesona dan terpikat dengan hidangan yang bakal dipersembah oleh Bangi Resort Hotel. Seperti tahun-tahun sebelumnya, Bangi Resort Hotel pastinya dengan kelainan dan kepelbagaian yang memang membuka selera. Kambing golek dan variasi sup yang cukup sempurna pada rasanya, menarik Mya untuk kembali semula seperti tahun-tahun sebelumnya. Ditambah lagi dengan hidangan satay yang dari jauh dah memikat selera. Makanya, rosak lagilah diet kakak oii. Istimewa tahun ini, Bangi Resort Hotel (BRH) memperkenalkan kepada semua pengunjung tarikan terbaru iaitu sebuah robot barista,yang bernama Robbie. Pilih minuman pilihan awak dari menu dan tunggu saja minuman awak siap tidak...