Arts & Lights jadi tarikan utama di Southville City

Assalamualaikum w.b.t. Selama berhujung minggu buat semua pembaca yang masih sudi singgah di blog Mya yang serba kekurangan ini. Kekangan masa membataskan Mya untuk terus update mengenai cerita terkini di sekeliling kita. Pun begitu, dalam mencari sedikit ketenangan dari tekanan kerja, Mya sempat pergi ke Southville City dengan seorang teman dan mencuba sendiri tarikan terbaru di sana, iaitu, Arts & Lights. Apa yang menarik dan terbaru mengenai Arts & Lights ini, Mya akan ceritakan di sini.


Program Arts & Lights Play ni sebenarnya merupakan satu program sampingan MahSing Group untuk memperkenal Southville City kepada orang luar. Tapi, apa yang menariknya dengan program ini, pengunjung boleh datang dan bergembira di sini. If you are looking for idea to update your instagram feed, made sure to be here while the program is still on, yang mana akan berlangsung dari 9 September sehingga pertengahan Oktober nanti. Ada beberapa bilik yang disediakan yang pastinya instagram-worthy untuk mereka yang mahukannya.



Kat sini juga ada disediakan aktiviti bertema indoor, seperti jenga dan congkak. No fuzzy sebab ada jugak food truck untuk awak-awak yang lapar sementara menunggu giliran masuk ke bilik-bilik yang disediakan. Every bilik, awak boleh masuk untuk 3-5 minit. Macam misteri sangat je bilik-bilik ni kan? Kejap lagi Mya sedekahkan beberapa gambar Mya yang sempat diambil di sini *padahal lari dari kamera je kerjanya. tak reti la nak berposing ni.*


Untuk masuk, awak boleh check di website rasmi mereka. Ada jugak direction untuk ke sana dalam website tu. Tak jauh pun dari Plaza Tol Southville City tu. Ada wifi dan air minuman disediakan secara percuma untuk anda. Nak rehat-rehat dan bertenang seketika, ada beany yang disediakan untuk awak chill dan lepak dengan kawan-kawan. Kalau datang ramai-ramai tu, kena cuba bilik Pew Pew Pew ye. 

Comments

Popular posts from this blog

Bercuti ke Kuala Lumpur lebih menarik dengan Scoot!

Seleksi makanan Food Truck di sekitar Kuala Lumpur

Cannis: Virtual World to tops Nasdaq in reality