Voucher berbuka puasa berbaloi-baloi di Lazada

Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Sedar tak sedar, sudah lebih dua minggu kita berada dalam bulan Ramadhan dan tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi sebelum bulan penuh keberkatan ini meninggalkan kita. Anyway, biasanya dalam waktu-waktu beginilah banyak kumpulan mengatur rancangan untuk berbuka beramai-ramai. Well, Mya dan kawan-kawan pun turut sama cuba mengatur rancangan untuk berkumpul. Macam-macam lokasi yang kami cuba cari. Tapi, entah macam mana Mya ternampak di Lazada ada jualan voucher pakej berbuka puasa. Maka, tanpa diduga, Mya pun terjebak sama dalam usaha pemilihan tempat berbuka. Tapi, cara Mya ialah dengan usha voucher berbuka puasa di Lazada terlebih dahulu.
Sani Hotel, Kuala Lumpur | Voucher berbuka puasa di Lazada

Voucher berbuka puasa berbaloi-baloi di Lazada

Mya sangkakan, hanya restoran-restoran di sekitar Kuala Lumpur je yang ada tersenarai untuk voucher berbuka puasa di Lazada ni. Rupanya, restoran di Penang dan Melaka pun ada menawarkan pakej berbuka puasa juga. Besides, seleksi makanan tak terhad kepada masakan Melayu saja. Awak juga boleh pilih sama ada mahu masakan Thai atau hidangan Barat atau pelbagai lagi, secara bersendirian ataupun hidangan bufet, dengan potongan sehingga 40%. Yang paling penting, of course lah halal, wakkk.
Silka Cheras, Kuala Lumpur | Voucher berbuka puasa di Lazada
Bagi Mya, agak berbaloi juga kalau nak membeli voucher berbuka puasa di Lazada ni. Sebab, rata-ratanya menawarkan harga yang lebih rendah daripada harga tempahan kerusi di kebanyakan restoran lain di luar. Dan disebabkan peluang macam nilah yang kadang-kadang, sebenarnya selalu sangat dah, menggoda Mya untuk sesekali berbelanja di restoran atau hotel yang bernama *maksud bernama kat sini is terkenal. well, semua tempat bernama.* 
Heritage Village, Paradigm Mall | Voucher berbuka puasa di Lazada
Dah dua tiga round usha ni, rasanya Mya dah boleh beri cadangan kepada kawan-kawan yang lain. Hati terpikat pula dengan beberapa pakej yang ditawarkan restoran Hadramawt dan beberapa hotel di sekitar Kuala Lumpur ni. Kalau awak pun nak tengok pakej-pakej yang ditawarkan atau senarai restoran yang join tawaran ini, awak boleh tengok terus di laman Lazada ni. Jadi, sementara ada tempat lagi ni, Mya nak pergi pujuk kawan-kawan dan terus booking tempat. Jumpa kat sana. 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

'The Best Gift' : Hadiah Rain buat isteri

Comelnya Nursing Room di iOi City Mall, Putrajaya

Experimentasi menyelerakan di The Buzz Cafe, Premiere Hotel, Klang