Voucher berbuka puasa berbaloi-baloi di Lazada
Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Sedar tak sedar, sudah lebih dua minggu kita berada dalam bulan Ramadhan dan tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi sebelum bulan penuh keberkatan ini meninggalkan kita. Anyway, biasanya dalam waktu-waktu beginilah banyak kumpulan mengatur rancangan untuk berbuka beramai-ramai. Well, Mya dan kawan-kawan pun turut sama cuba mengatur rancangan untuk berkumpul. Macam-macam lokasi yang kami cuba cari. Tapi, entah macam mana Mya ternampak di Lazada ada jualan voucher pakej berbuka puasa. Maka, tanpa diduga, Mya pun terjebak sama dalam usaha pemilihan tempat berbuka. Tapi, cara Mya ialah dengan usha voucher berbuka puasa di Lazada terlebih dahulu. Sani Hotel, Kuala Lumpur | Voucher berbuka puasa di Lazada Voucher berbuka puasa berbaloi-baloi di Lazada Mya sangkakan, hanya restoran-restoran di sekitar Kuala Lumpur je yang ada tersenarai untuk voucher berbuka puasa di Lazada ni. Rupanya, restoran di Penang dan Melaka pun ada menawarkan pakej berb...