Sky Cab & Sky Bridge Langkawi

Yang follow instagram Mya, pasti tahu kemana Mya pergi hingga menyepi selama beberapa hari. Bukan semata kerana sibuk, line internet pun tidak berapa cantik di sana. Dah beberapa kali Mya pergi ke Langkawi sebenarnya. Tetapi, wishlist utama Mya masih tidak tercapai. Mya memang teringin sangat nak naik ke Sky Bridge yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Bukan hanya kita, malah pelancong juga sangat teruja apabila sampai ke Sky Cab & Sky Bridge Langkawi ni.

Sky Cab & Sky Bridge Langkawi

Jadi, bila dah sampai ke Langkawi kali ini, Mya terus sewa motor dan bertolak ke Oriental Village yang jaraknya lebih kurang 26km dari motel tempat kami menginap. Gigih sangat kan?

Sky Cab & Sky Bridge Langkawi : Transparent Floor

Nak ke Sky Bridge dari Rest Point tu ada dua cara. Boleh berjalan kaki atau menaiki glide. Untuk berjalan kaki, hanya RM5 sahaja dikenakan sebagai yuran. manakala untuk glide adalah sebanyak RM15. Konon nak berjimat dan nak menghayati keindahan alam, Mya dan kawan-kawan pilih untuk hanya berjalan kaki.

200 anak tangga sejauh 130 meter.

Mohon, kalau awak nak pergi, pakai sneakers atau sport shoes. Pilihan yang lebih baik dan sihat.
Jangan jadi macam Mya yang redah je pakai wedges sebab dah excited sangat nak pergi.

Sky Cab & Sky Bridge Langkawi : Kabus

Kabus memang agak tebal. Tetapi masih selamat untuk menaiki Sky Bridge sebab masih boleh nampak hingga 50 - 100 meter di hadapan. Yang best, bila berada di tengah-tengah dalam keadaan itu sebenarnya. You cannot see both ends, tapi, tiba-tiba orang muncul dari celah kabus. Lama jugak Mya dan kawan-kawan berehat di end point sebelum berpatah balik ke rest point untuk turun.

The joy is over.

Bila tengok jalan yang sama Mya masuk tadi terpampang depan mata, laju je otak decide untuk tanggalkan kasut dan berkaki ayam. Sebab, kalau pakai kasut, the pain will be doubled. Nak sampai ke atas, hampir 10 minit. Both me and my friend dah rasa nak merangkak naik tangga. Mungkin betul pesanan seseorang pada Mya. 

Mya Farisha perlu mula bersenam!

Anyway, the experience was thrilling and joyful in the same time.
Dah boleh dah move on untuk bercuti di tempat lain selepas ini.

Comments

Popular posts from this blog

Bercuti ke Kuala Lumpur lebih menarik dengan Scoot!

Seleksi makanan Food Truck di sekitar Kuala Lumpur

Cannis: Virtual World to tops Nasdaq in reality