Tips hadapi Peperiksaan
Bagi pelajar-pelajar universiti, waktu ini mungkin boleh
dikira genting bagi mereka. Apatah lagi buat pelajar tahun akhir. Tika ini,
mungkin ada tugasan yang masih belum selesai, walaupun musim peperiksaan makin
hampir. Pesan Mya, tidak mengapa! Jangan panik. Lakukan setiap tugasan yang
diarahkan dengan tenang. Di sini Mya nak kongsikan beberapa tips hadapi peperiksaan:
Peperiksaan makin
hampir.
Apa yang patut dilakukan?
1.
Ambil masa dan pilih tempat yang sesuai.
Bagi Mya sendiri, Mya lebih gemar mengulangkaji pelajaran di
perpustakaan, walaupun adakalanya suasana sunyi embuatkan Mya mudah mengantuk.
Ini adalah untuk menambah fokus ketika menelaah. Matikan telefon atau tukarkan
ke mod senyap.
2.
Mohon maaf dengan ibu bapa dan orang sekeliling
Penting bagi kita untuk memastikan setiap apa yang kita
lakukan direstui oleh ibu bapa. Ini kerana, doa ibu bapa adalah doa yang paling
mujarab ke atas diri kita. Mohon maaf dengan mereka sekiranya ada melakukan
kesalahan. Begitu juga dengan orang di sekeliling kita, termasuklah pensyarah
dan rakan-rakan.
Tips hadapi Peperiksaan source : google |
3.
Faham sebelum hafal
Jika awak faham apa yang awak belajar dan baca, proses
menghafal akan menjadi lebih mudah. Ambil contoh ini; terdapat enam tahap dalam
proses pemikiran kritikal. Tanpa memahami setiap tahap dan perkaitan antara
satu sama lain, mungkin ianya mengambil masa lebih lama untuk menghafal susunan
enam tahap tersebut dengan lancar.
4.
Jaga hubungan dengan Tuhan
Seringkali kita mendengar akronim ini; D.U.I.T. Doa
merupakan satu amalan penting yang paling disukai Allah. Berusaha untuk belajar
dengan tekun sambal istiqamah dalam berdoa dan tawakkal kepadaNya. Perbanyakkan
amalan sunat.
5.
Tekun & Konsisten
Ulangkaji dengan tekun selama 30 minit dan berhenti seketika
selama 5-10 minit dapat membantu daya ingatan dan daya fokus awak. Ulang proses
untuk beberapa kali sebelum berhenti lebih kurang 30 minit untuk memberi ruang
untuk otak memproses ilmu yang diterima. Uji dengan soalan-soalan peperiksaan
lepas atau soalan yang terdapat di dalam buku teks. Cuba sebaik mungkin untuk
tidak mencari jawapan dan menjawab dalam tempoh sama seperti di dalam
peperiksaan sebenar. Semak dan cari jawapan sebenar untuk setiap jawapan. Beri
lebih penekanan kepada soalan yang berulang setiap semester atau soalan yang
sering menjadi kelemahan awak. Dengan cara ini, awak tidak akan berada kekal
pada satu topik sahaja.
Comments
Post a Comment