Keep the smile, ladies! Part 2

Assalamualaikum w.b.t
.
Hai semua.
.
Cuba tengok ke cermin sekarang. Apa yang awak nampak? Wajah yang ceria? Atau wajah yang sedang dihantui rasa resah, tidak selamat dan curiga?
.
Sayang,
walau ditolak jatuh sekalian pun, teruskan tersenyum. Walau dihenyak masalah besar sekalipun, cuma tersenyum. Kerana apa? Kerana senyum dan ketawa itu lambang kekuatan. Kerana senyum dan ketawa itu lambang ketabahan. Kerana senyum dan ketawa itu jugalah, orang jadi takut untuk mematahkan semangat.
.

Cinta, sayang dan setia

Kerana cinta dan sayang, awak sanggup setia kepada si dia yang masih belum halal bagi awak. Kerana cinta dan sayang, awak sanggup dilukai si dia. Kononnya, dia mungkin akan sedar suatu hari nanti. Kononnya, dia akan kembali mencinta.
.
Sayang,
itu bukan cinta dan sayang. Itu ketakutan. Takut awak akan ditinggalkan dan kembali sendiri. Jangan begitu. Ini bukan drama bersiri pukul 7 di TV3 yang silih berganti. Ini realiti. Satu kesilapan yang awak buat, akan bawa beban sesalannya hingga ke akhir nyawa. Mungkin bagimu setia, baginya kebodohan. Percayalah, kesetiaan yang digembar-gemburkan itu jatuh pada orang yang salah.
.
Ladies,
jangan terlalu mendamba kasih seorang lelaki yang tidak menghargaimu. Sedangkan yang sudah berkahwin pun boleh bercerai, inikan pula yang masih di fasa percintaan. Jaga hatimu sebelum menjaga hati orang lain.

Comments

Popular posts from this blog

Bercuti ke Kuala Lumpur lebih menarik dengan Scoot!

Seleksi makanan Food Truck di sekitar Kuala Lumpur

Cannis: Virtual World to tops Nasdaq in reality