Adab Berdoa
Sebagai hamba, kita amatlah ditekankan untuk sentiasa berdoa kepadaNya dengan penuh rasa kerendahan hati dan penuh pengharapan. Pun begitu, terdapat beberapa adab berdoa yang sebaiknya dipatuhi ketika kita berdoa kepadaNya. Malahan, dengan adab berdoa ini, ia menunjukkan kesungguhan dan keyakinan kita terhadap Maha Perkenan.
ADAB BERDOA DALAM ISLAM
Berdoa dalam waktu mustajab
Hari Jumaat
Hari Arafah
Sepertiga malam
Sebelum berbuka puasa
Sujud terakhir solat
Ketika hujan
Ketika perang
Antara azan dan iqamah
Menghadap kiblat dan menadah tangan
Dari Jabir r.a, bahawa Nabi Muhammad s.a.w ketika berada di Padang Arafah, baginda menghadap kiblat dan terus berdoa hingga terbenam matahari (H.R. Muslim)
Khusyuk dan penuh harapan
Yakinlah dalam berdoa. Ucapkanlah doa dalam bahasa yang difahami agar lebih khusyuk. Tetapkan hati untuk merendahkan diri dan mengharap dengan sepenuh hati agar doa dimakbulkan.
Tidak menggesa
Jangan sesekali menggesa agar doa awak segera dimakbulkan. Hindari rasa was-was dan menidakkan keputusan yang diberikanNya. Barangkali apa yang diberikanNya lebih baik dari apa yang diharapkan.
Dalam suara yang rendah
Cukuplah sekadar terdengar pada pendengaran sendiri sahaja. Doalah dengan suara yang rendah dan lembut. Allah mendengar doa awak walaupun dalam suara yag paling perlahan.
Memulakan dengan puji-pujian
Mulakan doa dengan menyebut namaNya dan memuji kebesaranNya, ikuti selawat dan salam ke atas Baginda Nabi Muhammad s.aw, keluarga dan sahabat. Sebutlah nama-nama Tuhan (Asma-ul Husna) ketika berdoa.
Hindarkan untuk mendoakan keburukan
Adalah lebih baik untuk mendoakan kebaikan, baik kepada diri sendiri, adik beradik, mahupun musuh.
Jauhkan diri dari perkara haram
Memakan makanan dari sumber yang haram adalah salah satu sebab doa terhijab. Ini kerana makanan akan menjadi darah daging kita. Sebaiknya, awasi sumber harta dan makanan kita.
semoga doa-doa kita adalah antara doa orang beriman. ameen.
ReplyDeleteSentiasalah berdoa untuk memohon sesuatu dariNya.
ReplyDeleteHanya kepada Allah kita memohon pertolongan.