Posts

Info : Khasiat Epal Hijau

Image
Hari ni, Mya nak kongsikan khasiat epal hijau yang mungkin ramai sudah tahu.  Buahan ini sangat sesuai untuk mereka yang sedang berdiet dan ingin menurunkan berat badan kerana mengandungi pelbagai nutrien penting yang diperlukan tubuh, seperti zat besi, magnesium, kalsium, sodium, potasium, vitamin A, B dan C serta serat mudah larut yang lain. Bagi yang mempunyai masalah sembelit, anda boleh kisarkan buah epal ini dan meinum jusnya setiap pagi. Ia boleh membantu membersihakn usus dan membuang toksin dengan pantas. Zat masamnya pula merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Nmaun, kurang digalakkan buat pesakit gastrik. Khasiat lain : ♀ Menghalang pertumbuhan plak kolestrol dalam dinding saluran darah. ♀ Membantu menguatkan fungsi peparu. ♀ Mengekalkan berat badan. ♀ Mengurangkan risiko penyakit barah ♀ Elok dimakan selepas memakan makanan segera. Supaya dapat menyeimbangkan zat dan mengurangkan lemak dalam badan Jadi, jom kita amalkan tip-tip pema...

Kuiz/Trivia : Adakah anda seorang 'KEPOHCI' ?

Image
Adakah anda seorang #kepohci atau jenis tidak ambil peduli? 1) Rakan kamu tertinggal telefon mereka sewaktu di perpustakaan, adakah kamu akan menggunakan peluang itu untuk melongkar telefon rakan kamu? a) Ya. waktu beginilah saya boleh tahu siapa teman istimewanya b) Tidak. saya tidak berminat c) Mungkin. jika telefonnya asyik berbunyi 2) Pernahkah kamu mencuri dengar perbualan orang lain? a) Ya. lebih-lebih jika orang itu menarik perhatian saya b) Tidak. Buat apa mahu menyibuk? c) Kadang-kadang. jika orang bercakap dengan kuat di tempat awam 3) Pernahkah kamu digelar #kepohci oleh kawan-kawan sebelum ini? a) Ya. kerana saya mengetahui semua gosip terkini b) Tidak. tidak berminat dengan gosip langsung c) Kadang-kadang. Saya hanya mengambil tahu gosip mengenai perkara tertentu sahaja 4) Adakah ibu bapa kamu menasihati kamu supaya jangan mencampur urusan orang lain? a) Banyak kali. Terutama di kenduri apabila ibu bapa sedang berbual dengan saudara. b) Tidak. Saya l...

Review Wayang : Lights Out

Image
Tarikh Mula Tayang : 22 Julai 2016 Pengarah : James Wan  Review Mya: Mungkin ramai yang dah menonton filem ini di pawagam ketika ini. Tapi, Mya still nak share pendapat Mya as non-horror-movie-lover. Orang yang rapat dengan Mya know best  yang Mya paling tak suka tengok wayang filem seram. Tak kira keluaran negara mana.  TAK PUAS HATI! Rasa macam sekejap sangat filem ini berakhir. Apatah lagi bila ada persoalan di akhir cerita yang tak berjawab. *Tapi orang lain macam tak ambil kisah dengan bahagian yang tak selesai tu.*  Mya memang tak suka tengok filem seram di pawagam. But this movie should be given an exception.   *Walaupun sebenarnya Mya dipaksa ikut tengok.* Bermula dengan makhluk misteri yang membunuh Paul di permulaan cerita, filem ini berkembang terus dengan satu demi satu misteri mengenai makhluk misteri bernama Diana. Memang tak ada satu masa pun yang dibazirkan. Tak ada lewah. Tak ada bahagian yang dibuat semata untuk m...

Novel Drive - Thru Mr. Satay (Aii Fariza)

Image
Mya sangat tertarik dengan karakter watak-watak utama di dalam novel Drive-Thru Mr. Satay ini. Bagi kebanyakan gadis, semestinya watak Amirul yang budiman dan beriman sangat memikat hati. Watak Izz yang mudah menerima perubahan dan matang selepas perkahwinan mudah diterjemah dan difahami. Jalan cerita yang mudah dan penggunaan ayat yang tidak terlalu berat sangat sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia novel. Penggunaan latar masa dan tempat juga sangat kondusif untuk difahami. Novel Drive-Thru Mr. Satay amat dicadangkan bagi mereka yang mencari novel yang ringan. Novel Drive - Thru Mr. Satay Watak Utama Novel Drive-Thru Mr. Satay: Izz Maritza Amirul Muiz Sinopsis ringkas by Mya: Tengku Izz Maritza telah ditangkap oleh orang-orang suruhan nendanya, Raja Safiah berdua bersama teman lelakinya di bilik hotel. Demi menjaga nama baik, Izz Maritza dipaksa untuk menikahi Amirul Muiz, lelaki pilihan Raja Safiah yang tidak pernah dikenalinya. Janji Am...

Blog Cleaning Alert!

Assalamualaikum w.b.t Kepada pembaca setia blog Mya ini (ada ke?), jangan terkejut tengok blog Mya yang dah kosong ni. Mya terpaksa padam semua post yang lama untuk bawa aura baru dalam blog ni, walaupun rupanya masih tidak berubah. Tak banyak yang Mya nak tulis sebenarnya, cuma nak announce benda-benda yang diatas tu je. Jumpa lagiiiii......