Ipoh: Kota Kafe Hipster & Makanan
Assalamualaikum w.b.t. Semalam (13 Jan 2021) marks the first day of MCO 2.0. Rasa macam tahun 2020 berulang kembali, kan? Mya harap semua orang terus tabah dan dipermudahkan segala urusan. Anyway, bagi warga Perak yang kini berasa dalam fasa PKPB, kita masih lagi dibenarkan untuk keluar merentas daerah dan pergi bercuti, as long as kita mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh KKM dan kerajaan. Ini jugalah masanya untuk kita bantu naikkan ekonomi rakyat setempat yang sebenarnya tengah struggle menghadapi isu PKPB ni. Ipoh sendiri dipenuhi dengan pelbagai jenis kafe dan restoran yang menampilkan seleksi makanan yang luas. Dari juadah tempatan, hinggalah ke hidangan fusion, semuanya ada di Ipoh. Berbalik kepada tajuk entry Mya kali ini, dalam kesempatan cuti panjang yang Mya ambil dari berblog selama hampir setahun, Mya sempat menjengah pelbagai restoran dan kedai makan yang berada di sekeliling Ipoh ni. Dari sarapan pagi, hinggalah ke makan malam, Ipoh sememangnya layak dipan...