Kejutan buat Yang Tersayang Hanya di Hujung Jari

Assalamualaikum w.b.t. Selangkah ke hadapan. Itu yang boleh Mya katakan dengan apabila melihat kepesatan dunia industri e-dagang yang kini mula menguasai pasaran peringkat global. Peluang ini nampaknya tidak dilepaskan oleh Flower Chimp yang kini semakin melonjak naik dalam perniagaan penghantaran bunga. Kejutan buat yang tersayang kini dimudahkan dengan adanya syarikat seperti Flower Chimp yang hanya memerlukan proses tempahan hanya di hujung jari.

Tempah Penghantaran Bunga dengan Penghantaran Percuma

Dengan harga dari serendah RM89, anda boleh membuat kejutan buat yang tersayang, bukan hanya di dalam Semenanjung Malaysia, malahan hingga ke Sabah dan Sarawak. Disesuaikan dengan kebolehan itu, Flower Chimp menawarkan kos penghantaran percuma tanpa had perbelanjaan minima. Malah, tempahan sebelum pukul 1 petang pada hari yang sama juga tidak menjadi masalah bagi mereka.
Maximilian Lotz, founder Flower Chimp sendiri memberitahu yang jenama mereka kini telah menjadi pilihan nombor 1 di Malaysia, Indonesia dan Filipina dalam masa kurang dua tahun dengan lima kali ganda rekod pertumbuhan tahun ini berbanding tahun 2017. Dengan prestasi yang memberansangkan ini, Flower Chimp kini sedang dalam usaha untuk memperkembangkan perniagaan dan rangkaian mereka ke Singapura dan beberapa negara Asia Tenggara lain menjelang 2019.

Flower Chimp: Wajah Baru Perkhidmatan Penghantaran Bunga

Lotz dan rakan kongsinya, Niklas Frassa merupakan dua usahawan dari Jerman yang melihat bahawa dunia bunga-bungaan boleh berkembang dalam bidang perniagaan, memberanikan diri untuk menjalankan perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian. Flower Chimp yang berada dibawah naungan mereka bertekad untuk mengutamakan kepuasan pelanggan dengan menawarkan perkhidmatan penghantaran percuma bunga-bungaan yang berkualiti tinggi dengan harga berpatutan ke seluruh negara.

Bagi awak yang hendak memberikan kejutan kepada yang tersayang tapi tak ada masa untuk pergi memilih secara fizikal di kedai, awak boleh ke laman Flower Chimp dan pilih pakej yang sedia ditawarkan di sana. Bukan sekadar flower bouquet saja tau. Ada jugak chocolate dan box. Seleksi bunga pun sangatlah pelbagai. Penuhi kehendak anda di sana, okey? Roger and Out.

Comments

  1. senang kan.. sangat memudahkan boleh order bunga online...


    psssttt.. Salam... Terima kasih kerana sudi join Segmen Nak URL Blog #35 Mialiana.com

    Senarai peserta ada di http://www.mialiana.com/2018/07/senarai-url-blog-35.html

    Maaf sangat-sangat. Mia baru sempat nak blogwalking dan pemenang akan diumumkan pada hari ini juga.

    Semoga berjaya (^_^)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bercuti ke Kuala Lumpur lebih menarik dengan Scoot!

Seleksi makanan Food Truck di sekitar Kuala Lumpur

Cannis: Virtual World to tops Nasdaq in reality