Mana nak cari photo frame yang menarik dan best?
Assalamualaikum w.b.t. Selamat tengah hari kepada awak semua yang masih setia dengan blog Mya ni. Semoga hari awak baik-baik dan gorgeous sentiasa, selamanya. Mya ni sebenarnya tengah nak usha satu website ni. Sebab, masa balik kampung baru-baru ni, mama Mya ada tanya pasal photo frame . Katanya nak ubah konsep interior design dalam rumah. Mungkin sebab mama tertarik hati selepas tengok konsep bilik Mya yang bertemakan minimal. Jadinya, bila mama tersayang dah bertanya, Mya pun rajinkan diri yang malas ni untuk mencari bingkai gambar secara online. Habis rajin la tu. Sebab at the end, tanya pakcik google jugak. Mya mahukan bingkai gambar tanpa cermin... Mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa tak beli sahaja frame yang ada dijual di kedai? Lebih murah dan pelbagai. Memang Mya ada terfikir begitu juga. Tapi, kebanyakan bingkai gambar di kedai datang dengan cermin, which is the first thing yang Mya nak elak bila beli frame. Bukan apa. Dah banyak frame di rumah Mya yang terkorban gar...