Grand Launching Coolblog Store Opening & Blogger Party di Melawati Mall

Assalamualaikum w.b.t. Pada hari sabtu yang lepas, Mya dengan beberapa rakan blogger lain telah dijemput untuk menghadiri Blogger Party yang telah dianjurkan oleh Coolblog Malaysia bersempena pembukaan kedai pertamanya di Melawati Mall. Biasa kita nampak kiosk Coolblog di kebanyakkan kompleks membeli-belah. Jadi, jenama minuman terkenal ini mengambil inisiatif baru dengan membuka satu stesen baru di Melawati Mall.
Dengan tagline #jomcool, Coolblog yang mula diasaskan di Johor Bahru kini telah memiliki lebih 300 kiosk di seluruh Malaysia dengan lima siri pilihan pelbagai rasa yang digemari ramai. Bagi Mya sendiri, minuman blended pertama yang Mya cuba dulu pun dari jenama Coolblog juga. Sebab tu, bila Mya dijemput untuk sama-sama sertai pelancaran kedai pertama Coolblog dan pelancaran minuman edisi terhad Cool Blue tempoh hari, I was so excited and super happy. Rasa macam kesetiaanku selama ini dihargai. 
Majlis yang bermula pada jam 11 pagi tu dimulai dengan ucapan pembukaan oleh CEO Coolblog, Keith Loh, dan diikuti dengan beberapa aktiviti ramah mesra yang sangat menarik dan menyeronokkan. Cuba bayangkan apa yang terjadi apabila geng blogger kena reka satu resepi minuman baru? Pening kepala masing-masing bila kena fikir resepi dalam masa 10 minit. Mya memang dah mengaku kalah awal-awal. Jadinya, memang Mya buat resepi yang boleh dikatakan mudah dan basic sahaja untuk contest tu.
Seperti yang kami semua agak, resepi yang terpilih perlu disediakan menjadi minuman sebenar. Masa tu, memang Mya bersyukur sangat yang resepi Mya tak terpilih. Tak menang pun tak apalah. Nasib baiklah setiap peserta dibantu oleh Coolblog Expert yang memang tak lokek kongsi ilmu. Dapatlah kita tengok berapa kretifnya rakan-rakan blogger mencipta rasa baru. Setiap satunya memang nampak menarik dan sedap.

Seronok rasanya bila dapat berkumpul dengan rakan-rakan blogger yang sekepala dan mudah mesra. Macam dah lama kenal, walaupun hakikatnya, selama ni hanya berbual dalam whatsapp sahaja. Anyway, Mya seru awak semua yang tinggal berhampiran Melawati Mall untuk dapatkan minuman edisi terhad Cool Blue yang sememangnya sedap dan lain dari 25 jenis minuman yang lain, istimewa untuk para peminat dan penyokong Coolblog, hanya sehingga 28 Februari ini. Roger and Out

Comments

Popular posts from this blog

'The Best Gift' : Hadiah Rain buat isteri

Comelnya Nursing Room di iOi City Mall, Putrajaya

Experimentasi menyelerakan di The Buzz Cafe, Premiere Hotel, Klang