Grand Launching Coolblog Store Opening & Blogger Party di Melawati Mall
Assalamualaikum w.b.t. Pada hari sabtu yang lepas, Mya dengan beberapa rakan blogger lain telah dijemput untuk menghadiri Blogger Party yang telah dianjurkan oleh Coolblog Malaysia bersempena pembukaan kedai pertamanya di Melawati Mall. Biasa kita nampak kiosk Coolblog di kebanyakkan kompleks membeli-belah. Jadi, jenama minuman terkenal ini mengambil inisiatif baru dengan membuka satu stesen baru di Melawati Mall. Dengan tagline #jomcool, Coolblog yang mula diasaskan di Johor Bahru kini telah memiliki lebih 300 kiosk di seluruh Malaysia dengan lima siri pilihan pelbagai rasa yang digemari ramai. Bagi Mya sendiri, minuman blended pertama yang Mya cuba dulu pun dari jenama Coolblog juga. Sebab tu, bila Mya dijemput untuk sama-sama sertai pelancaran kedai pertama Coolblog dan pelancaran minuman edisi terhad Cool Blue tempoh hari, I was so excited and super happy. Rasa macam kesetiaanku selama ini dihargai. Majlis yang bermula pada jam 11 pagi tu dimulai dengan ucapan pembukaan o