Kisah PHP (Paling Haru Programmer) Bahagian Dua
Assalamualaikum w.b.t. Jadinya, petang ni Mya nak sambung episod kedua bagi kisah paling haru para programmer baik yang sudah bekerja atau yang masih belajar. Biasanya masa zaman belajar lagi banyak benda tragis sebab masa ni baru nak belajar hidup dengan programming. Kalau nasib baik, kalau program berjalan dengan baik, markah pun dapat, lecturer pun berkenan. Dua kisah hari ni, Mya nak share pengalaman Mya dan kawan baik Mya semasa dalam zaman degree dulu. Kisah #3 Keluar dari bilik lecturer hari ni, muka masih dengan riak serabut. Tarikh hantar bahagian akhir report thesis dah dekat. Projek FYP yang aku buat pulak ada masalah tiba-tiba. Nasiblah lecturer merangkap supervisor aku sangatlah sempoi. Beliau tak marah, langsung hanya minta aku bertenang dan cuba cari penyelesaian secepat mungkin. Aku buat-buat tersenyum. Walhal dalam hati dah macam ada puting beliung. Bukan aku tak nak minta tolong kawan-kawan. Tapi, aku tengok semuanya sibuk dengan projek masing-masing. Ta...